Takaful Wakaf di Syarikat Takaful Malaysia Berhad: sorotan literatur

Wan Mohd Al Faizee Wan Ab Rahaman, and Salmy Edawati Yaacob, (2014) Takaful Wakaf di Syarikat Takaful Malaysia Berhad: sorotan literatur. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 36 (2). pp. 47-56. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
304kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/index

Abstract

Syarikat Takaful Malaysia Berhad pernah memperkenalkan Pelan Takaful Wakaf pada tahun 2002 dan telah diguna pakai sehingga tahun 2009. Sepanjang tempoh pelaksanaan pelan ini, terutama dari tahun 2002 sehingga 2004 menunjukkan terdapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta. Namun, pada tahun 2009 pelan ini telah ditarik balik daripada pasaran dan aplikasi takaful wakaf dalam sistem kewangan Malaysia semakin hilang selepas itu. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk menyoroti kajian lepas berkaitan dengan konsep dan aplikasi takaful wakaf dalam Syarikat Takaful Malaysia Berhad. Analisis literatur dibuat untuk mencari faktor penyebab penarikan pelan takaful wakaf daripada pasaran. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan kajian kepustakaan. Hasil sorotan literatur ini mendapati bahawa terdapat beberapa faktor penamatan pelan takaful wakaf seperti masalah dalam sistem mudarabah dan masalah penanggungan (underwriting). Walau bagaimanapun, Pelan Takaful Wakaf ini perlu untuk dibawa semula ke pasaran semasa dengan menyepadukan wakaf dalam polisi takaful dengan menggunakan model yang berbeza daripada apa yang telah dilaksanakan oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

Item Type:Article
Keywords:Takaful; wakaf; takaful wakaf; Syarikat Takaful Malaysia Berhad
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:8165
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Jan 2015 13:28
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page