Wan Zulkifli Wan Hassan, (2014) Pengaruh mazhab Shafi’i dalam fatwa zakat di Terengganu. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 36 (2). pp. 67-79. ISSN 0216-5636
|
PDF
343kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/index
Abstract
Kajian ini cuba melihat sejauh mana pengaruh mazhab Shafi’i dalam fatwa berkaitan zakat di negeri Terengganu. Sebanyak 104 fatwa zakat dianalisis sejak 1953 hingga 2005. Ia diukur melalui sumber rujukan yang digunakan semasa sesuatu fatwa itu diputuskan. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah induktif dan komparatif. Dari sudut kedudukan rujukan fatwa, kajian mendapati 79.8 peratus fatwa tersebut tidak menyebut secara jelas sumber rujukan. Ini diikuti oleh fatwa yang menyebut secara jelas rujukan mazhab Shafi’i iaitu sebanyak 10.57 peratus, fatwa yang jelas merujuk kepada pandangan selain mazhab Shafi’i dan penulisan ulama kontemporari adalah sebanyak 2.88 peratus. Manakala fatwa yang jelas menyebut pandangan ulama mazhab lain di samping mazhab Shafi’i ialah sekadar 0.98 peratus sahaja. Kedudukan statistik rujukan fatwa tersebut tidak memberi suatu ukuran yang tepat mengenai pengaruh mazhab Shafi’i. Walaupun begitu, dengan membuat analisis secara mendalam, kajian mendapati pandangan mazhab Shafi’i mendominasi fatwa mengenai zakat di Terengganu, iaitu sebanyak 90.37 peratus dari jumlah keseluruhan fatwa zakat meskipun sebahagiannya boleh disesuaikan dengan mazhab lain yang dianggap selari dengan mazhab Shafi’i. Kajian juga mendapati wujud beberapa fatwa yang mempunyai kesimpulan hukum yang sama walaupun berlainan dari sudut tahun dikeluarkan. Berlaku juga beberapa fatwa yang mempunyai masalah yang sama tetapi penyelesaian hukum yang berbeza. Hal ini terjadi apabila wujud perbezaan suasana dan keadaan dan fatwa yang diputuskan tidak bertentangan dengan objektif syariah (maqasid al-shari’ah).
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Mazhab Shafi’i; fatwa; zakat; Terengganu |
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 8167 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 10 Jan 2015 13:34 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:46 |
Repository Staff Only: item control page