Sikap pembelajaran terhadap pencapaian kursus Fardhu Ain dalam kalangan Mualaf Cina di Jabatan Agama Islam daerah Kajang

Syarul Azman Shaharuddin, and Razaleigh Muhamat @ Kawangit, (2014) Sikap pembelajaran terhadap pencapaian kursus Fardhu Ain dalam kalangan Mualaf Cina di Jabatan Agama Islam daerah Kajang. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 36 (2). pp. 97-102. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
279kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/index

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat profil sikap pembelajaran dengan pencapaian kursus Fardhu Ain dalam kalangan Mualaf Cina di Jabatan Agama Islam Daerah Kajang. Seramai 80 daripada 473 orang Mualaf Cina telah terlibat dalam kajian ini. Statistik deskriptif menggunakan peratusan, min dan sisihan piawai digunakan untuk analisis taburan. Ujian t digunakan untuk melihat perbezaan manakala kolerasi Pearson untuk melihat hubungan antara pemboleh ubah sikap pembelajaran dengan pencapaian kursus Fardhu Ain. Hasil kajian mendapati Mualaf yang menjadi responden kajian ini mempunyai sikap pembelajaran yang tinggi, mereka secara keseluruhannya mencapai keputusan yang baik dalam kursus Fardhu Ain, tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap pembelajaran berdasarkan gender dan kajian ini juga mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap pembelajaran dengan pencapaian kursus Fardhu Ain.

Item Type:Article
Keywords:Sikap pembelajaran; Cina Mualaf; Fardhu Ain; cabaran; Jabatan Agama Islam Daerah Kajang
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:8170
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Jan 2015 13:43
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page