Peranan NGO Islam dalam mereliasasikan pendekatan Islam Hadhari di Malaysia

Azyyati Mohd Nazim, and Fariza Md. Sham, and Salasiah Hanin Hamjah, (2014) Peranan NGO Islam dalam mereliasasikan pendekatan Islam Hadhari di Malaysia. Jurnal Hadhari, 6 (1). pp. 1-12. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
466kB

Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari/

Abstract

Pendekatan Islam Hadhari ialah satu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh berdasarkan perspektif tamadun Islam. Ia juga boleh diistilahkan sebagai satu sistem, peraturan dan cara hidup yang progresif, maju, dinamik dan bertamadun tinggi yang bertujuan melahirkan umat manusia yang berilmu dan berbudaya tinggi berasaskan nilai-nilai akhlak mulia serta dapat mengharungi cabaran semasa. Usaha pelaksanaan gagasan pendekatan Islam Hadhari wajar digembleng bersama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi menjayakan misi Islam Hadhari di Malaysia. Justeru itu, beberapa NGO Islam yang telah dikenal pasti berperanan dalam merealisasikan pendekatan Islam Hadhari di Malaysia telah dipilih sebagai sampel kajian. Antaranya ialah Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) dan Nadwah Ulama dan Ilmuwan Malaysia (NUIM). Kajian ini mendapati setiap NGO Islam tersebut telah melaksanakan pendekatan Islam Hadhari melalui program yang dilaksanakan mengikut tumpuan bidang yang berbeza. Sehubungan ini, dapat disimpulkan bahawa peranan yang ditekankan oleh NGO Islam ialah sebagai pasukan sukarelawan dalam amal Islami dengan menghidupkan peradaban manusia dan semangat camal jamāciyy untuk membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu dan dinamik dalam mengharungi cabaran dan pelaksanaan wawasan pendekatan Islam Hadhari di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Islam Hadhari; NGO Islam; pendekatan; sukarelawan; sosial
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:8174
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Jan 2015 08:47
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page