Pemulihan dadah menurut persepktif agama di Malaysia

Sabir Abdul Ghani, and Fadzli Adam, (2014) Pemulihan dadah menurut persepktif agama di Malaysia. Jurnal Hadhari, 6 (1). pp. 75-85. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
478kB

Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari/

Abstract

Peningkatan data penagihan dadah pada setiap tahun amat merunsingkan dalam masyarakat pada hari ini. Ketidakseimbangan di antara kemajuan negara dan kerohanian dalam pembentukan jati diri masyarakat pada hari ini menyebabkan masyarakat terlibat dengan penagihan dadah. Pengetahuan yang rendah mengenai penyalahgunaan dadah dilihat sebagai faktor masyarakat menganggap perkara ini sebagai masalah sosial yang tidak penting dan kian merebak pada setiap tahun. Setiap agama mempunyai kaedah terapi pemulihan dadah tersendiri. Kaedah ini mengurangkan bilangan penagih dadah dalam masyarakat. Pemulihan dadah berasaskan metode Islam yang menggunakan metode zikir dan solat memberi kesan dalam pemulihan yang dijalankan. Justeru, kertas kerja ini akan memberi pemahaman berkaitan dadah dan pemulihan dalam agama di Malaysia yang perlu diberi pendedahan yang meluas bagi mengurangkan kes penagihan dadah di samping meningkatkan pengetahuan kepada masyarakat.

Item Type:Article
Keywords:Dadah; Pemulihan; Agama; Pemahaman
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:8179
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Jan 2015 10:21
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page