Aktiviti permainan bahasa, wacana penguasaan kosa kata

Ilangko Subramaniam, (2014) Aktiviti permainan bahasa, wacana penguasaan kosa kata. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 4 (2). pp. 1-9. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
138kB

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx

Abstract

Permainan bahasa dikatakan sebagai salah satu strategi pedagogi yang dapat digunakan untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran bahasa. Namun begitu, kaedah pembelajaran berasaskan permainan bahasa hanya dijadikan sebagai aktiviti tidak formal untuk mengisi masa terluang atau sebagai aktiviti sampingan. Tujuan kajian adalah untuk melihat keberkesanan aktiviti permainan bahasa dalam meningkatkan penguasaan kosa kata dalam penulisan karangan. Permainan bahasa yang dikenali sebagai ‘Jom Cari Kosa Kata’ telah dijalankan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Seramai 60 orang pelajar telah mengikuti 10 sesi aktiviti permainan Bahasa selama 5 hingga 8 minit. Pendekatan analisis kandungan skrip karangan dan temu bual telah dijalankan untuk melihat keberkesanan aktiviti permainan bahasa. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan kosa kata yang lebih luas dapat dilihat dalam kalangan pelajar tingkatan 4 dibandingkan sebelum permainan Bahasa diperkenalkan. Pelajar juga memperlihatkan minat dan kesungguhan untuk mengikuti pelajaran Bahasa Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Permainan bahasa, penguasaan kosa kata, karangan, motivasi
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:8182
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Jan 2015 10:31
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page