Mengintegrasi teknologi komunikasi dan maklumat sebagai media pengajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak awal umur

Noor Aini Ahmad, (2014) Mengintegrasi teknologi komunikasi dan maklumat sebagai media pengajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak awal umur. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 4 (2). pp. 36-43. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
129kB

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx

Abstract

Keperluan tentang tahap pemahaman yang lebih baik mengenai penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah meningkat secara relevan. Artikel ini membincangkan secara ringkas berkaitan mengintegrasikan teknologi dalam bilik darjah. Oleh kerana peranan pendidik telah berubah dengan ketara sejak beberapa tahun daripada mengajar kepada pembangunan manusia, mereka perlu menggunakan teknologi dalam aktiviti bilik darjah kerana kanak-kanak zaman sekarang semakin terdedah dengan teknologi semasa. Mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran boleh dilaksanakan secara meluas jika pendidik mahir menggunakan peralatan moden. Kanak-kanak, kandungan pelajaran dan pendidik merupakan elemen tiga serangkai dalam setiap bilik darjah. Ketiga-tiga elemen ini saling memerlukan bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan baik. Oleh itu, pertimbangan pedagogi dan integrasi teknologi komunikasi dan maklumat turut dibincangkan.

Item Type:Article
Keywords:Teknologi komunikasi dan maklumat, pengajaran kemahiran bahasa, kanak-kanak awal umur
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:8185
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Jan 2015 10:53
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page