Tahap kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Pendidikan IPTA di Utara Semenanjung Malaysia

Nurul Salmi Mohd Dazali, and Mohd Isha Awang, (2014) Tahap kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Pendidikan IPTA di Utara Semenanjung Malaysia. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 4 (2). pp. 44-56. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
223kB

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx

Abstract

Kemahiran komunikasi merupakan suatu elemen penting yang harus ada dan dikuasai oleh setiap pelajar, sama ada bagi memenuhi keperluan mereka ketika proses pelajaran, persiapan untuk menempuh alam pekerjaan ataupun dalam interaksi sosial. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar pendidikan. Kajian berbentuk tinjauan ini melibatkan seramai 152 orang sampel pelajar semester 6 program Sarjana Muda Pendidikan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Dapatan menunjukkan kemahiran komunikasi pelajar pendidikan adalah pada tahap yang tinggi. Namun begitu, tahap kebolehan berbahasa Inggeris masih berada pada tahap yang rendah. Hasil analisis ujian-t, juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kemahiran komunikasi mengikut jantina. Kajian juga mendapati bahawa kemahiran komunikasi mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar. Berdasarkan kajian ini, pihak yang bertanggungjawab harus memberikan perhatian dalam memastikan bakal guru terus memiliki pengetahuan bahasa yang baik sama ada Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris yang seterusnya dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan bakal guru di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Kemahiran komunikasi, guru, pelajar pendidikan, pencapaian akademik
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:8186
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Jan 2015 10:57
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page