Wajaran penggunaan data korpus dalam penulisan ilmiah:dimensi baharu sukatan pelajaran bahasa Melayu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM)

Hishamudin Isam, and Faizah Ahmad, and Mashetoh Abd. Mutalib, (2014) Wajaran penggunaan data korpus dalam penulisan ilmiah:dimensi baharu sukatan pelajaran bahasa Melayu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM). Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 4 (2). pp. 67-77. ISSN ISSN: 2180-4842

[img]
Preview
PDF
331kB

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx

Abstract

Penggubalan sukatan pelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu yang dibuat mulai tahun 2012 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan menggantikan sukatan pelajaran tersebut yang telah digunakan semenjak peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun 2000. Sebagai satu strategi serampang dua mata, penggubalan semula sukatan pelajaran ini diharapkan dapat melahirkan murid-murid yang seimbang daripada aspek kemahiran kognitif, manipulatif, dan kemahiran insaniah (soft skills). Penelusuran sukatan pelajaran baharu mata pelajaran Bahasa Melayu menemukan pengkaji dengan kepelbagaian kelebihan yang boleh diteroka oleh pelbagai pihak, khususnya yang melibatkan guru dan murid dalam menjayakannya. Justeru, kertas kerja konsep ini bertujuan untuk meneliti kandungan baharu sukatan pelajaran tersebut, dan menelusur skop dan ruang yang boleh dimanipulasi oleh guru-guru Bahasa Melayu Tingkatan Enam, terhadap hasil daripada kemajuan dan kejayaan kajian-kajian dalam bidang bahasa dan linguistik, untuk diselarikan dengan keperluan sukatan pelajaran baharu. Berdasarkan komponen-komponen baharu yang diperkenalkan dalam sukatan pelajaran seperti pengenalan komponen penulisan ilmiah dalam sistem penggal, maka dapat diandaikan hasrat untuk menjadikan kelayakan Tingkatan Enam setanding dengan program prauniversiti yang ditawarkan oleh institusi pendidikan swasta, dan usaha memperbaiki dan menaik taraf sistem peperiksaan STPM, sesuai dengan keperluan orientasi pengajaran dan pembelajaran di peringkat kolej dan universiti, dapat direalisasikan.

Item Type:Article
Keywords:Sukatan pelajaran, Bahasa Melayu, penulisan ilmiah, data korpus, analisis korpus
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:8188
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Jan 2015 11:11
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page