Pendekatan dakwah melalui ‘konsep cinta muslim’ dalam menangani masalah sosial remaja

Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, and Rezki Perdani Sawai, and Mohd Shahrul Faizie Zaini, and Allawati Kasri, (2014) Pendekatan dakwah melalui ‘konsep cinta muslim’ dalam menangani masalah sosial remaja. Al-Hikmah, 6 (1). pp. 21-34. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
286kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/jalhikmah/index

Abstract

Seringkali kita mendengar ungkapan “Cinta itu buta” yang membawa kepada masalah sosial seperti perzinaan, pembuangan bayi dan pembunuhan. Hakikatnya, mereka yang terlibat dalam masalah ini kurang memahami tentang konsep cinta sebenar dari perspektif Islam. Oleh yang demikian, kajian konseptual ini akan membahaskan konsep cinta Muslim serta menghuraikan konsep cinta dari perspektif Islam dengan merujuk kepada Qur’an dan Sunnah. Kefahaman terhadap konsep ini dapat menyedarkan pelbagai lapisan masyarakat mengenai kepentingan untuk kembali kepada ajaran Islam dalam menangani masalah sosial. Mendidik konsep cinta Muslim kepada remaja Islam amatlah penting dan boleh diterapkan melalui pelbagai mekanisme dakwah. Antaranya media cetak, media massa, ceramah, syarahan dan forum, facebook, twitter, instagram dan sebagainya. Dapatan kajian memperlihatkan bagaimana cinta kepada Allah SWT dan cinta kerana Allah SWT akan dapat mengawal perlakuan cinta yang boleh membawa kepada gejala sosial.

Item Type:Article
Keywords:Konsep Cinta Muslim, masalah sosial, pendekatan dakwah
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:8190
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Jan 2015 13:41
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page