Dimensi hafazan dan rasional dalam kursus wajib Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia

Wan Ahsani Fadhilah Wan Mahmud Khairi, and Muhammad Faisal Asha'ari, (2014) Dimensi hafazan dan rasional dalam kursus wajib Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Al-Hikmah, 6 (2). pp. 3-14. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
279kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/jalhikmah/index

Abstract

Gabungan pintar antara keupayaan berfikir dan hafazan merupakan aspek penting di dalam pengajian Islam untuk membina sebuah tamadun yang hebat seperti zaman kegemilangan Islam. Beberapa pengkaji berpandangan bahawa gabungan kedua elemen ini dilihat tidak mendapat tempat yang penting dalam pengajian Islam yang akhirnya menyumbang kepada kemerosotan itu. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis dimensi rasional dan hafazan dalam kursus-kursus wajib di Fakulti Pengajian Islam, UKM berdasarkan kepada persepsi pelajar. Kajian juga menganalisis hubungan antara persepsi pelajar terhadap kursus-kursus wajib fakulti dengan keputusan PNGK berdasarkan kepada aspek bahasa, isi pengajaran dan cara pengajaran. Kajian ini menggunakan metode kuantitatif menerusi instrumen soal selidik. Sebanyak 127 sampel diambil daripada responden yang terdiri dari pelajar tahun akhir lima buah jabatan di Fakulti Pengajian Islam. Hasil kajian mendapati kursus-kursus wajib fakulti mengandungi kedua-dua elemen hafazan dan rasional, namun majoriti kursus berkenaan berada pada aras yang rendah.

Item Type:Article
Keywords:Kursus Wajib Fakulti, Hafazan, Rasional, Fakulti Pengajian Islam, Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:8199
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Jan 2015 07:52
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page