Cabaran dan potensi majalah dakwah berbahasa Melayu di Malaysia terhadap trend perolehan perbelanjaan iklan (ADEX)

Shahrul Nazmi Sannusi, (2014) Cabaran dan potensi majalah dakwah berbahasa Melayu di Malaysia terhadap trend perolehan perbelanjaan iklan (ADEX). Al-Hikmah, 6 (2). pp. 15-28. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
595kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/jalhikmah/index

Abstract

Industri penerbitan majalah berkonsepkan dakwah berkembang sejak sebelum merdeka lagi dan berterusan sehingga kini. Dalam laporan terbaru Magazine Publisher Association (MPA 2014) menunjukkan, sejumlah RM207.8 juta perolehan jualan iklan atau ADEX berjaya diraih oleh penerbit majalah negara ini untuk tahun 2013. Daripada jumlah itu, RM60.1 juta diraih oleh majalah berbahasa Melayu, dan hanya RM5.3 juta diraih oleh majalah dakwah pada tahun 2013. Justeru, objektif kertas ini akan membincangkan tentang faktor, cabaran serta potensi yang dihadapi ketika situasi industri penerbitan majalah dakwah ketika ini. Persoalan utama yang timbul disini ialah, bagaimana syarikat penerbit majalah tempatan ketika ini bersedia berhadapan perubahan dalam industri ini yang dilihat semakin mencabar. Kaedah analisis kandungan telah digunakan keatas data perolehan iklan daripada Laporan terbaru Magazine Publisher Association (MPA 2014) daripada tahun 2010 hingga 2014 (Julai) dan juga temubual bersama editor. Penemuan analisis ini mendapati ADEX dalam majalah dakwah terbahagi kepada dua kategori iaitu dakwah umum dan juga dakwah muslimah. Tumpuan pihak pengiklan lebih menjurus kepada majalah kategori dakwah muslimah yang menyumbang perolehan lebih besar berbanding majalah dakwah dakwah umum.

Item Type:Article
Keywords:Dakwah, Periklanan, ADEX, Editorial, Majalah
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:8200
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Jan 2015 07:55
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page