Agenda Hasan Al-Banna Dalam pembangunan insan menerusi penulisan karya Majmu‘At Al-Rasail

Zainudin Hashim, and Fakhrul Adabi Abdul Kadir, (2014) Agenda Hasan Al-Banna Dalam pembangunan insan menerusi penulisan karya Majmu‘At Al-Rasail. Al-Hikmah, 6 (2). pp. 29-42. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
419kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/jalhikmah/index

Abstract

Pembangunan Insan adalah antara misi utama ajaran Islam. Islam mendukung penuh usaha membentuk dan membangunkan manusia berkualiti bahkan konsep kualiti itu sendiri adalah unik dalam Islam kerana ia merangkumkan kedua-dua aspek fizikal dan spiritual, dunia dan akhirat. Makalah ini sedaya upaya cuba mengupas pandangan Hasan al-Banna dalam penulisan ‘Majmu’at al-Rasail’ yang telah mengemukakan 10 elemen ciri dalam motivasi diri insan menerusi rukun beramal, 10 elemen itu adalah; akidah yang jitu, konsep Ibadat yang menepati piawaian Islam, memelihara tubuh badan agar sentiasa sihat, sentiasa memelihara akhlak terpuji, berusaha menggarap ilmu, mampu berdikari, mampu mengawal dan menguasai diri, bijak dalam mengurus waktu, memiliki disiplin yang tinggi dalam melaksanakan tugasan dan boleh memanfaatkan diri untuk masyarakat. Justeru, motivasi diri dalam ‘Majmu’at al-Rasail’ telah menyumbang kepada aspek pembangunan insan itu sendiri. Kupasan ini diharap dapat mencungkil sumbangan Hasan al-Banna dalam aspek pembangunan insan, terutama dalam konteks melahirkan lebih ramai lagi individu dalam tanah air dan seterusnya masyarakat yang benar-benar berkualiti.

Item Type:Article
Keywords:Hasan al-Banna, pembangunan insan, penulisan kitab Majmu‘at al-Rasail
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:8201
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Jan 2015 08:08
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page