Perlaksanaan program takmir sebagai medium pengimarahan Masjid di Negeri Sembilan

Shuhadak Mahmud, and Ibnor Azli Ibrahim, (2014) Perlaksanaan program takmir sebagai medium pengimarahan Masjid di Negeri Sembilan. Al-Hikmah, 6 (2). pp. 53-64. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
416kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/jalhikmah/index

Abstract

Program takmir telah banyak memberikan kesan yang positif kepada perkembangan agama Islam serta pengimarahan masjid dan surau sepanjang tempoh 25 tahun. Kerajaan Negeri Sembilan juga telah menggunakan pendekatan ini sebagai medium penyampain ilmu Islam ke tengah Masyarakat. Kajian ini akan meninjau bagaimanakah perlaksanaanya di negeri tersebut dan apakah cabaran yang dihadapi dalam meneruskan kesinambungannya dalam senarai aktiviti masjid. Kajian ini mendapati program ini telah memberi peluang kepada masyarakat awam untuk menjadikan masjid dan surau sebagai pusat sumber bagi mendapatkan ilmu agama. Program ini juga telah dibangunkan berdasarkan kepada kepentingan kemurnian akidah, keadilan syariah dan ketinggian akhlak di dalam institusi keluarga dan masyarakat. Selain itu, program ini merupakan kaedah dakwah yang terbaik dalam pendekatan fardu ain untuk masyarakat umum.

Item Type:Article
Keywords:Program Takmir, Medium Pengimarahan, Masjid
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:8203
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Jan 2015 08:14
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page