Tawarikh Yang Maha Mulia Ibrahim Sultan Johor: sebuah karya sejarah negeri Johor dalam zaman pentadbiran british

Mohd Samsudin, (2013) Tawarikh Yang Maha Mulia Ibrahim Sultan Johor: sebuah karya sejarah negeri Johor dalam zaman pentadbiran british. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 40 (2). pp. 75-92. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
353kB

Official URL: http://www.ukm.my/jebat/v2/index.php

Abstract

Tawarikh Yang Maha Mulia Ibrahim Sultan Johor adalah merupakan sebuah penulisan oleh Dato’ Paduka Seri Setia Haji Mohd Said bin Haji Sulaiman. Karya ini merupakan karya kedua yang ditulis oleh Dato’ Haji Mohd Said selepas karya Tawarikh Almarhum Sultan Abu Bakar. Dato’ Mohd Said memperkenalkan karya ini sebagai hikayat, manakala pada hari ini ia merupakan sebuah penulisan sejarah yang mengisahkan kehidupan Sultan Ibrahim serta pemerintahan baginda di negeri Johor sehingga zaman kedatangan pasukan tentera Jepun (1941). Karya ini banyak memuatkan peristiwa sejarah yang berlaku bukan sahaja di negeri Johor, malahan perkembangan yang berlaku di England dan negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Penulisan artikel ini adalah berasaskan kepada kajian teks Tawarikh Yang Maha Mulia Ibrhaim Sultan Johor. Artikel ini akan mengkaji teks berkenaan dan hubung-kaitnya dengan perkembangan sejarah dan juga hubungannya dengan zaman pentadbiran British di negeri Johor. Perbincangan juga akan tertumpu kepada penilaian terhadap kedudukan karya ini sebagai sebuah dokumen sejarah.

Item Type:Article
Keywords:Sejarah Johor, historiografi, zaman pentadbiran British
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:8252
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Feb 2015 14:40
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page