Kewartawanan rakyat dan peranannya dalam pemahaman demokrasi di Malaysia dan Afrika: satu perbandingan

Siti Suraini Othman, and Liana Mat Nayan, (2013) Kewartawanan rakyat dan peranannya dalam pemahaman demokrasi di Malaysia dan Afrika: satu perbandingan. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 40 (2). pp. 113-131. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
373kB

Official URL: http://www.ukm.my/jebat/v2/index.php

Abstract

Kertas ini amnya membincangkan tentang isu berkaitan diaspora dan bidang media, dan khususnya tentang bagaimana masyarakat dalam diaspora menggunakan kemudahan kewartawanan rakyat (citizen journalism) dan berbincang tentang demokrasi negara asal. Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa dalam sesetengah keadaan, kewartawanan rakyat diberi perhatian lebih berbanding kewartawanan arus perdana dan tradisional. Perbincangan artikel ini mengkhusus kepada diaspora Afrika memandangkan diaspora Afrika telah menghasilkan paling banyak kewartawanan rakyat yang berpengaruh dan memberi kesan kepada negara asalnya. Terkini, Malaysia telah turut dianggap sebagai salah satu negara di dunia paling aktif dalam kewartawanan rakyat. Statistik mencadangkan bahawa dari segi keaktifan kewartawanan rakyat, Malaysia telah mengalahkan Afrika dan uniknya ialah, kewartawanan rakyat di Malaysia lebih menjurus kepada kewartawanan rakyat di kalangan masyarakatnya di dalam negara dan bukannya masyarakat dalam diaspora. Daripada perbincangan dan pengalaman ini, banyak perkara yang dikenalpasti boleh dijadikan pengajaran dalam memperkembangkan lagi pembangunan kewartawanan rakyat di Malaysia ke arah yang lebih positif dan bermanfaat kepada rakyat dan negara.

Item Type:Article
Keywords:kewartawanan rakyat, diaspora, media, Afrika, Malaysia
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:8254
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Feb 2015 14:46
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page