Rahim Aman, and Norfazila Ab. Hamid, and Shahidi Abdul Hamid, (2015) Rekonstruksi vokal dan diftong Bahasa Melanau Purba. GEMA: Online Journal of Language Studies, 15 (1). pp. 189-206. ISSN 1675-8021
|
PDF
385kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/index
Abstract
Kajian ini adalah untuk merekonstruksi vokal dan diftong bahasa Melanau Purba (BMLP) yang wujud di Sarawak. Rekonstruksi BMLP ini dijalankan dengan menggunakan kaedah perbandingan kualitatif. Rekonstruksi vokal dan diftong ini menggunakan kaedah rekonstruksi dalaman. Kriteria rekonstruksi yang digunakan ialah menentukan kata kognat, mencari perangkat kesepadanan, menentukan rekurensi fonem dan memperoleh fonem purba.Tiga belas varian Melanau (VM) Sarawak telah diselidiki, iaitu Bintulu (BT), Balingian (BLGN), Mukah (MKH), Oya (OA), Igan (IGN), Dalat (DLT), Matu (MT), Daro (DO), Medong (MDG), Sungai UD (SG UD), Rajang (RJG), Kanowit (KNWT) dan Tanjong (TJG). Hasil kajian membuktikan bahawa BMLP yang direkonstruksikan ini memiliki 5 fonem vokal, iaitu *i, *u, *o,*, dan *a dan 6 buah diftong, iaitu *-w, *-aw, *-aj, *-ej, *uj, dan *-oj. Kehadiran fonem-fonem purba ini, iaitu fonem vokal atau fonem diftong terjadi secara teratur dan dapat diramalkan. Keberadaan beberapa ciri sporadik pada fonem vokal, misalnya BMP *i, *u, *o, *, *a, dan fonem diftong, iaitu *-w, *-aw, *-aj, *-ej, *uj, dan *-oj pada distribusi yang tertentu adalah satu ciri yang menggambarkan bahawa fenomena ini terjadi masih baru dan sulit untuk diperjelaskan. Namun begitu, andaian awal kita ialah terjadinya inovasi sporadik ini kemungkinan disebabkan oleh faktor migrasi setempat. Proses migrasi ini baru terjadi sehingga mewujudkan ciri inovasi tersebut. Kajian rekonstruksi BMP ini adalah satu kajian pada tahap rendah dan kajian ini telah merintis usaha-usaha untuk merekonstruksi BMP pada tahap yang lebih tinggi, iaitu dengan melakukan perbandingan fonem vokal dan diftong dengan bahasa Melayu Polinesia Purba (PMP).
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | rekonstruksi; perbandingan kualitatif; varian Melanau; vokal BMP; diftong BMP |
Journal: | GEMA ; Online Journal of Language Studies |
ID Code: | 8268 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 20 Feb 2015 11:22 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:46 |
Repository Staff Only: item control page