Nurul Hudani Md. Nawi, and Marof Redzuan, and Noor Hisham Md. Nawi, (2013) Pengaruh aspek kecerdasan emosi terhadap tingkah laku kepimpinan transformasi dalam kalangan pemimpin pendidik sekolah. AKADEMIKA, 83 (2 & 3). pp. 3-11. ISSN 0126-5008
|
PDF
414kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/index
Abstract
Tujuan kajian adalah untuk mengkaji pengaruh faktor kecerdasan emosi (skala pengurusan perhubungan, pengurusan diri, kesedaran diri dan kesedaran sosial) ke atas tingkah laku kepimpinan transformasi dalam kalangan pemimpin pendidik sekolah menengah di Malaysia. Kaedah kajian ini menggunakan dua alat instrumen iaitu Emotional Competence Inventory (ECI) untuk mengukur kecekapan kecerdasan emosi manakala Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ5x) pula digunakan bagi mengukur kepimpinan transformasi. Dapatan kajian menunjukkan kecerdasan emosi pemimpin pendidik secara keseluruhannya adalah berada pada tahap tinggi iaitu 78.8%. Hasil kajian juga menunjukkan kecerdasan emosi bagi sub-skala pengurusan perhubungan menjelaskan sebanyak 51.6% varians; (Beta = .388, t = 4.738, k < 0.05) manakala pengurusan diri pula menerangkan sebanyak 54.1% varians; (Beta = .225, t = 3.285, k < 0.05) dan akhir sekali, kombinasi ketiga-tiga pemboleh ubah peramal merangkumi kesedaran sosial menyumbang sebanyak 54.9% (Beta = .174, t = 2.268, k < 0.05) varians secara positif terhadap kepimpinan transformasi. Dapatan ini memperlihatkan ketiga-tiga sub-skala pembolehubah ini adalah peramal yang signifikan ke atas kepimpinan transformasi. Implikasi kajian menunjukkan bahawa penyediaan latihan dan modul penghayatan kemahiran EI perlu diperkasa dan diperkukuhan seterusnya melestarikan pemilikan kecekapan tersebut secara holistik di semua peringkat khususnya dalam kalangan pemimpin.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pengurusan perhubungan; pengurusan diri; kesedaran diri; kesedaran sosial; kepimpinan transformasi |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 8271 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 20 Feb 2015 13:46 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:46 |
Repository Staff Only: item control page