Membina jambatan kesepaduan pelbagai bangsa di Singapura dalam arus kebangkitan Negara Republik Rakyat China

Kamsiah Abdullah, (2013) Membina jambatan kesepaduan pelbagai bangsa di Singapura dalam arus kebangkitan Negara Republik Rakyat China. AKADEMIKA, 83 (2 & 3). pp. 13-24. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
471kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/index

Abstract

Selepas Singapura dan Republik Rakyat China mengikat hubungan diplomatik pada tahun 1974, hubungan perdagangan dan kebudayaan antara kedua-dua negara telah meningkat dengan begitu pesat sekali. Fenomena dalam arus kebangkitan Negara China telah memberi kesan yang berlainan di antara dua buah kaum yang terbesar di Singapura iaitu orang Cina yang merupakan kaum majoriti terbesar dan orang Melayu, kaum minoritinya. Artikel ini menghuraikan tentang pelbagai institusi dan pelbagai dasar yang dilaksanakan oleh pemerintah Singapura sejurus setelah formalisasi hubungan diplomatik tersebut, yang boleh, sama ada meningkatkan hubungan atau sebaliknya menghalang. Persoalan asimilasi dan integrasi ataupun integrasi paksaan seperti yang disuarakan setengah-setengah kaum telah juga ditimbulkan. Ini disusuli oleh pemaparan satu kajian kualitatif yang bertujuan khusus menyelidiki sejauh mana kedua-dua kaum menghasratkan integrasi dan hidup dalam situasi yang harmoni. Kajian kualitatif ini menggunakan responden pelajar remaja dari kedua-dua kaum terbesar tersebut. Dapatan kajian memperlihatkan jaringan menarik antara sikap pragmatisme, kesetiaan terhadap bahasa dan budaya kaum-kaum terbesar di sini dalam membina jambatan menuju kepada masyarakat yang bersepadu dan harmonis. Sikap, kepercayaan dan pragmatisme responden dalam berinteraksi sangat berkait dengan persepsi mereka tentang identiti, kekeluargaan, kesetiaan terhadap kebudayaan dan agama mereka masing-masing. Dalam bahagian terakhir pula, beberapa saranan dan cadangan tentang cara-cara memupuk integrasi di kalangan komuniti yang berlainan itu telah dikongsikan.

Item Type:Article
Keywords:Integrasi; Melayu; Cina; bahasa; Singapura
Journal:AKADEMIKA
ID Code:8272
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Feb 2015 13:50
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page