Pelaburan asing dan pencapaian pembangunan seimbang di NCER: satu ulasan kritis

Nooriah Yusof, and Norain Mat Lazim, and Sharifah Rohayah Sheikh Dawood, (2013) Pelaburan asing dan pencapaian pembangunan seimbang di NCER: satu ulasan kritis. AKADEMIKA, 83 (2 & 3). pp. 25-38. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/index

Abstract

Dasar Malaysia sejak strategi perindustrian diperkenalkan sentiasa mengalu-alukan pelaburan dalam sektor perindustrian pembuatan terutamanya pelaburan asing. Selepas lebih tiga dekad industrialisasi, ternyata Malaysia telah menjadi antara destinasi pelaburan utama dunia untuk operasi pengeluaran persisir pantai. Modal asing terus menjadi komponen penting dalam strategi pembangunan dalam membantu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan wilayah di negara ini. Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER) merupakan satu insentif kerajaan untuk memesatkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pendapatan di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia yang merangkumi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak. Program pembangunan di NCER adalah untuk membantu wilayah ini memaksimumkan kelebihan dan potensi ekonomi serta mengurangkan jurang pendapatan di antara negeri. Sektor perindustrian pembuatan yang ternyata telah memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dan pelaburan asing merupakan penyumbang utama kepada perkembangan sektor industri pembuatan khususnya sub-sektor Barangan Elekrik dan Elektronik (BEE). Artikel ini membincangkan secara kritis pola pelaburan dalam sektor perindustrian pembuatan di NCER berdasarkan kepada data pelaburan yang diperoleh daripada MIDA. Perbincangan tertumpu kepada menilai peranan pelaburan asing dalam sektor pembuatan di NCER dan prospek pencapaian pembangunan yang lebih seimbang antara negeri di wilayah utara ini. Hasil analisis data pelaburan mendapati wujudnya beberapa ciri konsentrasi pelaburan asing dalam sub-sektor industri dan lokasi pelaburan tertentu yang mana ciri konsentrasi ini boleh meningkatkan lagi jurang pembangunan berbanding membawa kesan pembangunan yang lebih seimbang antara negeri di wilayah ini. Oleh itu, untuk mencapai objektif pembangunan yang lebih seimbang di NCER, pergantungan terhadap pelaburan asing perlu dinilai semula dan pada masa yang sama peranan pelaburan domestik yang berimpak tinggi khususnya di wilayah pinggir perlu digalakkan.

Item Type:Article
Keywords:Pelaburan asing; sektor perindustrian; NCER; analisis data sekunder; keseimbangan pembangunan
Journal:AKADEMIKA
ID Code:8273
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Feb 2015 13:53
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page