Pandangan dunia dan konteks upacara dalam Sumazau Penampang, Sazau Papar dan Sumazau Paina Membakut

Kok, On Low and Sri Ningsih, (2013) Pandangan dunia dan konteks upacara dalam Sumazau Penampang, Sazau Papar dan Sumazau Paina Membakut. AKADEMIKA, 83 (2 & 3). pp. 47-59. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/index

Abstract

Secara turun-temurun, kepercayaan terhadap pelbagai semangat baik dan semangat jahat sangat mempengaruhi pandangan dunia (world view) dan kepercayaan etnik Kadazan di Sabah. Pandangan dunia mereka berkonsepkan keharmonian antara alam ghaib dan alam nyata. Daripada pandangan dunia yang sedemikianlah timbulnya konsep ahasu (panas) dan osogit (sejuk). Keadaan ahasu, yang dipercayai sebagai punca kepada penyakit dan masalah lain yang timbul dalam komuniti Kadazan harus disejukkan melalui pelbagai ritual. Kajian ini berasaskan kaedah temu bual dan pemerhatian secara langsung terhadap persembahan ketiga-tiga jenis tarian rakyat etnik Kadazan yang telah dikaji. Kajian ini mendapati Sumazau Penampang, Sazau Papar dan Sumazau Paina Membakut berkait rapat dengan pandangan dunia dan ritual yang dikendalikan oleh bobohizan (pakar upacara etnik Kadazan). Semasa bobohizan mengendalikan sesuatu ritual, tubuhnya akan bergerak-gerak dalam keadaan yang dikenali sebagai menurun. Perbuatan bobohizan sedemikian dikenali sebagai “sumazau”, yang bermaksud menari. Tarian sedemikian dianggap suci kerana etnik Kadazan percaya bahawa pada ketika ini, bobohizan sedang dipimpin oleh semangat dari alam ghaib. Fokus analisis dalam tulisan ini tertumpu kepada makna simbolik di sebalik persembahan ketiga-tiga jenis tarian rakyat etnik Kadazan. Selain itu, kaitan antara tarian, pandangan dunia dan kepercayaan turun-temurun etnik Kadazan turut dibincang. Dengan berbuat demikian, tulisan ini menonjolkan tarian rakyat etnik Kadazan dari segi simbolisme dalam upacara yang tidak banyak dikaji orang.

Item Type:Article
Keywords:Sumazau Penampang; Sazau Papar; Sumazau Paina Membakut; pandangan dunia; ritual
Journal:AKADEMIKA
ID Code:8275
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Feb 2015 13:59
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page