Refleksi tenaga pengajar terhadap kepemimpinan distributif dan tekanan kerja dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional

Siva Rabindarang, and Khuan, Wai Bing and Khoo, Yin Yin (2014) Refleksi tenaga pengajar terhadap kepemimpinan distributif dan tekanan kerja dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional. AKADEMIKA, 84 (1 & 2). pp. 17-27. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
436kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/index

Abstract

Kepemimpinan mempengaruhi tekanan kerja dalam kalangan tenaga pengajar. Tekanan kerja menyebabkan prestasi dan kualiti kerja menurun. Oleh itu, gaya kepemimpinan yang lebih fleksibel dan bercorak perkongsian perlu diamalkan dalam sistem pendidikan. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan perkaitan di antara kepemimpinan yang bercorak perkongsian iaitu kepemimpinan distributif dan tekanan kerja dalam pendidikan teknik dan vokasional. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif iaitu temu bual separa berstruktur. Responden kajian dipilih dengan teknik persampelan bertujuan iaitu mempunyai minima setahun pengalaman mengajar dalam pendidikan teknik dan vokasional. Seramai empat responden iaitu tenaga pengajar daripada pendidikan teknik dan vokasional telah dipilih untuk sesi temu bual. Data kajian dianalisis dengan kaedah analisis kandungan. Data temu bual dikumpul dan dianalisis dengan mentranskripsi temu bual secara verbatim, dikod dan dikategorikan mengikut tema. Dapatan kajian menunjukkan kepemimpinan distributif diamalkan dalam pendidikan teknik dan vokasional. Dapatan juga menunjukkan terdapat perkaitan di antara kepemimpinan distributif dan tekanan kerja dalam pendidikan teknik dan vokasional. Amalan kepemimpinan distributif dapat mengurangkan tekanan kerja yang dihadapi oleh tenaga pengajar dalam pendidikan teknik dan vokasional. Kajian ini dapat menyumbang kepada kepentingan dan kesesuaian amalan kepemimpinan distributif dalam organisasi khususnya terhadap tekanan kerja. Namun begitu, situasi kerja iaitu tekanan kerja tidak dapat dielakkan tetapi dapat dikurangkan dengan amalan kepemimpinan distributif dalam organisasi.

Item Type:Article
Keywords:Kepemimpinan distributif; tekanan kerja; perkongsian; teknik; vokasional
Journal:AKADEMIKA
ID Code:8279
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Feb 2015 14:22
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page