Tadbir urus pengetahuan: sudut pandang dari Brunei Darussalam dan Malaysia

Dieter Evers, Hans and Farah Purwaningrum, and Syamimi Arif Lim, and Anthony Banyouko Ndah, (2014) Tadbir urus pengetahuan: sudut pandang dari Brunei Darussalam dan Malaysia. AKADEMIKA, 84 (1 & 2). pp. 29-43. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/index

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka pelbagai perspektif pembelajaran dari strategi pembangunan kelompok pengetahuan di Malaysia dan di Brunei Darussalam. Ianya berdasarkan penyelidikan empirikal yang dijalankan di Malaysia pada tahun 2009 sehingga 2010 dan di Brunei Darussalam pada tahun 2013. Pemerhatian secara khusus telah dibuat terhadap sebahagian tenaga manusia di Pulau Pinang, Cyberjaya dan serangkaian universiti sains antaranya Universiti Sains Malaysia. Berdasarkan dari pengalaman di Koridor Utara dan Koridor Multi Media di Malaysia, kajian ini menunjukkan terdapatnya trend kelompok pengetahuan yang berbeza di Semenanjung Malaysia. Kelompok pengetahuan di Cyberjaya menunjukkan terdapatnya penguasa negara dan golongan elit dalam pembangunan kelompok tersebut. Kelompok pengetahuan di Pulau Pinang menunjukkan terdapatnya penglibatan kerajaan negeri, trajektori sejarah dan kepelbagaian syarikat-syarikat. Kelompok pengetahuan daerah Brunei-Muara di Brunei Darussalam pula mengetengahkan hakikat bahawa terdapat peningkatan pengelompokan fizikal organisasi seperti syarikat swasta dan agensi kerajaan akan tetapi perkongsian ilmu masih tidak mencukupi. Kajian ini akan menangani isu-isu makro akan tetapi data empirikal hanya terhad kepada tiga kes ketara kelompok pengetahuan di Malaysia dan di Brunei Darussalam. Dengan memberi tumpuan kepada strategi pengelolaan pengetahuan di Brunei Darussalam dan Malaysia, kami telah menjawab persoalan utama kajian ini iaitu: bagaimanakah sesebuah negara itu boleh mengelak dari ‘perangkap pengetahuan’? Kami berhasrat untuk menyumbang kepada kesusasteraan mengenai kajian terhadap kelompok pengetahuan dan pengelolaan pengetahuan dengan mengemukakan teori-teori baru dan data perbandingan asli berdasarkan bidang penyelidikan.

Item Type:Article
Keywords:Tadbir urus pengetahuan; kelompok pengetahuan; Malaysia; Brunei Darussalam; Asia Tenggara
Journal:AKADEMIKA
ID Code:8280
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Feb 2015 14:27
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page