Identiti etnik minoriti di Malaysia: antara realiti sosial tafsiran autoriti dan tafsiran harian

Pue, Giok Hun and Charanjit Kaur, (2014) Identiti etnik minoriti di Malaysia: antara realiti sosial tafsiran autoriti dan tafsiran harian. AKADEMIKA, 84 (1 & 2). pp. 57-70. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
347kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/index

Abstract

Soal etnisiti dan identiti etnik kekal hangat dalam kancah kehidupan bermasyarakat di Malaysia. Walaupun mempunyai kesedaran etnik yang tinggi, tidak ramai yang mengenali atau mengetahui tentang kumpulan-kumpulan etnik lain, khususnya mengenai kumpulan-kumpulan etnik minoriti. Artikel ini mempunyai dua tujuan iaitu mengetengahkan dua kes identiti etnik minoriti di Malaysia dan mengkaji kesan stereotaip sosial kepada interaksi kumpulan etnik minoriti tersebut dengan masyarakat umum. Menggunakan pendekatan dua realiti sosial (Shamsul 1996), kajian dilakukan ke atas dua kumpulan etnik minoriti iaitu Cina Peranakan di Kelantan dan Punjabi Sikh di Kuala Lumpur. Kajian mendapati identiti etnik Cina Peranakan Kelantan dan Punjabi Sikh jauh berbeza daripada stereotaip yang dikaitkan dengan kecinaan dan keindiaan dalam arus perdana; identiti Cina Peranakan Kelantan misalnya, kuat dipengaruhi oleh elemen budaya tempatan manakala identiti Punjabi Sikh adalah bertunjangkan kepada elemen agama Sikh. Walaupun tinggal dalam dua kawasan yang mempunyai indeks kepelbagaian etnik yang berbeda, kedua-dua kumpulan etnik minoriti ini didapati menghadapi dua masalah sepunya iaitu salah identiti dan konotasi negatif dalam ethnonym. Masalah ini cenderung dihadapi dalam interaksi dengan golongan awam dalam arus perdana di luar lokaliti mereka. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa masyarakat di Malaysia mempunyai kesedaran dan pengetahuan yang cetek mengenai kumpulan etnik minoriti yang ada di negara ini. Ini dapat dikaitkan dengan penekanan kepada pendekatan ‘tafsiran autoriti’ yang disusul daripada ilmu dan cara kolonial dalam mengurus kepelbagaian etnik yang ada. Selepas suatu masa, pengetahuan ini menjadi fakta sosial yang diterima, berleluasa dan dominan dalam masyarakat tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Identiti etnik; minoriti etnik; Cina Peranakan; Punjabi Sikh; realiti sosial
Journal:AKADEMIKA
ID Code:8283
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Feb 2015 14:32
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page