Faktor yang mempengaruhi pembelian insurans perubatan dan kesihatan di Kuala Lumpur

Lee Mun Yee, and Noriza Majid, (2014) Faktor yang mempengaruhi pembelian insurans perubatan dan kesihatan di Kuala Lumpur. Journal of Quality Measurement and Analysis, 10 (1). pp. 49-58. ISSN 1823-5670

[img]
Preview
PDF
390kB

Official URL: http://www.ukm.my/jqma/index.html

Abstract

Masyarakat kini amat mementingkan penjagaan kesihatan. Sebarang penyakit mempunyai peluang yang tinggi untuk sembuh sekiranya rawatan awal dilakukan. Rakyat Malaysia boleh memilih untuk mendapatkan rawatan sama ada di hospital atau klinik awam ataupun swasta. Dengan sistem kesihatan swasta, pesakit boleh mendapatkan rawatan dengan kadar yang segera tetapi pastinya kos yang dikenakan juga sejajar dengan kepantasan perkhidmatan yang diberi. Ini telah mendorong masyarakat untuk membeli insurans perubatan dan kesihatan bagi membiayai kos perubatan tersebut. Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk mengetahui tahap permintaan pengguna terhadap pemilikan insurans perubatan dan kesihatan. Selain itu, faktorfaktor yang mendorong permintaan pengguna membeli insurans perubatan dan kesihatan juga dikenal pasti. Soal selidik yang mempunyai 23 soalan berskala Likert 5 mata digunakan untuk mendapatkan maklum balas pengguna. Pengumpulan data telah dijalankan di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seramai 387 orang responden telah terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menggunakan kaedah analisis faktor penerokaan menunjukkan bahawa tahap pemintaan pengguna terhadap pemilikan insurans perubatan dan kesihatan adalah tinggi dengan nilai min 4.2661. Faktor yang didapati mendorong permintaan pengguna terhadap insurans perubatan dan kesihatan adalah perkhidmatan syarikat, pengaruh persekitaran, jenis dan nama syarikat, kesetiaan jenama serta kadar premium. Didapati perkhidmatan syarikat merupakan faktor yang paling utama berbanding dengan faktor-faktor lain. Oleh itu, pihak syarikat insurans perlu menitikberatkan perkhidmatan yang disediakan bagi menarik lebih ramai pelanggan.

Item Type:Article
Keywords:insurans perubatan dan kesihatan; perkhidmatan; analisis faktor penerokaan
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:8294
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Mar 2015 10:36
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page