Shaharuddin Ahmad, and Rosmini Maru, and Abdul Mollah Jaya, and Wahidah Sanusi, (2014) Menganalisis aras kegersangan di Provinsi Sulawesi Selatan dengan menggunakan kaedah Thornthwaite. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (6). pp. 15-28. ISSN 2180-2491
|
PDF
2MB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php
Abstract
Kajian ini bertujuan menyelidik dan menganalisis aras kegersangan yang berlaku di seluruh Provinsi Sulawesi Selatan, Indonesia bagi tempoh 10 tahun (1999 – 2008) mengikut masa dan ruang. Data suhu, kerpasan dan sejatpeluhan daripada 66 stesen kajicuaca di seluruh Sulawesi Selatan telah dianalisis. Nilai Indeks Kegersangan kemudiannya dikira dengan menggunakan kaedah imbangan air yang telah dikemukakan oleh Thornthwaite-Mather. Dengan menggunakan Teknik Poligon Thiessen, nilai indeks kegersangan telah diplot mengikut kawasan. Hasil kajian mendapati aras kegersangan di Provinsi Sulawesi Selatan telah diklasifikasikan kepada tiga kelas iaitu indeks kegersangan rendah (< 16.7%) yang meliputi daerah Gowa dan Bone di bahagian Selatan, Luwu Utara dan Luwu Timur di bahagian Utara manakala Pinrang dan Enrekang dibahagian tengah. Sementara itu, indeks kegersangan tinggi (> 33.3%) tersebar pada wilayah Palopo di bahagian utara, Sidrap dan Wajo di bahagian tengah, Makassar, Takalar, Jeneponto, Bulukumba dan Selayar di bahagian selatan manakala daerah lain menunjukkan nilai indeks kegersangan yang sederhana (16.7 – 33.3%). Umumnya, faktor utama berlakunya keadaan kersang di Provinsi Sulawesi Selatan ini adalah curahan hujan yang amat kurang dalam tempoh yang lama dan suhu udara yang berpanjangan tinggi sehingga kadar sejat-peluhan yang tinggi. Dengan keadaan ini menyebabkan banyak kawasan pertanian terutamanya yang bergantung semata-mata kepada air hujan gagal menghasilkan hasil pertanian.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | aras kegersangan, curahan hujan, Indeks Kegersangan, kaedah Thornthwaite, teknik Poligon Thiessen, tekstur tanih |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 8320 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 08 Mar 2015 07:09 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:46 |
Repository Staff Only: item control page