Malaysia sebagai pusat halal global: satu penemuan awal mengenai persepsi halal dalam kalangan pengguna di Malaysia

Zaimah, R. and Abd Hair Awang, and Sarmila, M.S. and Suraiya Ishak, and Azima, A. M. and Suhana Saad, and Mohd Yusof Hussain, (2014) Malaysia sebagai pusat halal global: satu penemuan awal mengenai persepsi halal dalam kalangan pengguna di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (6). pp. 48-56. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
247kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Label halal ke atas produk makanan semakin diberi perhatian oleh pengguna di Malaysia, terutamanya pengguna beragama Islam. Namun sejauhmana pengguna mengetahui dan memahami konsep halal masih boleh dibincangkan. Justeru, kertas ini akan mengenalpasti persepsi halal dalam kalangan pengguna di Malaysia. Kajian masih di peringkat awal dan hanya melibatkan analisis ke atas 40 orang pengguna sahaja. Persepsi halal akan dilihat daripada aspek persetujuan pengguna ke atas tanggapan yang lazim diberikan kepada produk yang berstatus halal. Hasil kajian menunjukkan rata-rata responden bersetuju bahawa status logo halal adalah perlu bagi membuktikan sesuatu produk itu halal dan tahap persepsi halal dalam kalangan pengguna boleh dikelaskan kepada dua, iaitu tahap tinggi dan tahap sederhana. Satu perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah mendalami faktor penyebab kepada keraguan yang jelas di pihak pengguna terhadap sesuatu produk berlabel halal di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:kefahaman, pengetahuan, pengguna Islam, persepsi halal, produk halal, status halal
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:8323
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Mar 2015 07:27
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page