Sungai Melaka dan Pelan Pembangunan Sumber Air negeri: kajian kes persepsi warga tempatan

Ang, Kean Hua (2014) Sungai Melaka dan Pelan Pembangunan Sumber Air negeri: kajian kes persepsi warga tempatan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (6). pp. 57-65. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Pembangunan pesat ekonomi yang menyaksikan pembinaan pelbagai kilang tanpa kawalan telah mencemarkan Bandar dan air sungai Melaka sehingga kerajaan negeri terpaksa melancarkan program radikal untuk merubah Negeri Melaka kepada Bandar Teknoloji Hijau atau ‘Green Technology City’. Antara pendekatan yang digunakan dalam Teknologi Hijau adalah melibatkan program biodiesel, program tenaga solar, penggunaan kereta elektrik, dan program pemuliharaan sungai. Program ini telah dirumuskan sebagai dasar atau polisi yang sesuai untuk mengekalkan persekitaran dalam jangka masa panjang. Undang-undang dan peraturan memainkan peranan penting dalam menjayakan program Teknologi Hijau. Walau bagaimanapun, pelaksanaan ini akan mengambil masa da jarak masa ini akan mendorong pihak yang tidak bertanggungjawab untuk terus mencemarkan air Sungai dan alam sekitar Melaka. Berdasarkan kajian soalselidik yang melibatkan 200 penduduk tempatan kajian ini mendapati bahawa meskipun pada umumnya warga tempatan amat menyanjung program mesra alam ini namun mereka merasakan adalah paling mustahak bagi kerajaan negeri memberikan tumpuan kepada penyelesaian sumber air sungai Melaka. Ini kerana ‘sedar sebelum hilang’ adalah lebih baik daripada ‘cari selepas hilang’.

Item Type:Article
Keywords:Bandar Teknologi Hijau, degradasi alam sekitar, pencemaran air, pengurusan sumber air, persekitaran lestari, perundangan dan peraturan alam sekitar
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:8324
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Mar 2015 07:33
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page