Junaidi Awang Besar, and Rosmadi Fauzi, and Amer Saifude Ghazali, and Muhammad Hazim Abdul Ghani, and Zainun Abidin Baharum, (2014) Kuala Lumpur dan cabaran baru pembangunan berterusan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (6). pp. 75-85. ISSN 2180-2491
|
PDF
242kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php
Abstract
Perkembangan kawasan perbandaran dipengaruhi oleh faktor-faktor fizikal, sosioekonomi dan juga campur tangan kerajaan serta pengaruh proses politik dan pilihan raya. Perkembangan fizikal perbandaran kawasan Kuala Lumpur dan sekitarnya bermula semenjak kawasan tersebut wujud sebagai penempatan tradisional pada pertengahan abad ke 19 sehingga perlombongan bijih timah secara komersial di kawasan Lembah Klang meningkatkan lagi proses perbandaran Kuala Lumpur. Artikel ini menyingkap faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan fizikal Kuala Lumpur dengan mengimbau sejarah perkembangan sosioekonomi Kuala Lumpur sebelum merdeka hinggalah sekarang. Kajian ini menggunakan metod analisis sekunder mengenai sejarah perkembangan fizikal dan sosioekonomi Kuala Lumpur dengan merujuk bahan-bahan yang berkaitan di Perpustakaan Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Dapatan kajian menunjukkan proses urbanisasi Kuala Lumpur bertambah pesat dengan pemilihan Kuala Lumpur sebagai ibu negeri Negeri-negeri Melayu Bersekutu, perkembangan sehingga Peperangan Dunia Kedua dan seterusnya sehingga negara mencapai kemerdekaan. Selepas kemerdekaan sehingga sekarang perkembangannya dibentuk oleh faktor-faktor perumahan penduduk, sosio budaya, persekitaran fizikal, kegiatan ekonomi dan politik. Pembangunan Kuala Lumpur seterusnya ialah menjadi bandaraya bertaraf dunia dan prospek ini terlakar di dalam pelan-pelan pembangunan DBKL . Sejauhmana Kuala Lumpur dapat melayakkan dirinya sebagai bandaraya bertaraf dunia bergantung kepada sejauhmana ia mampu berfungsi sebagai i) pusat tarikan pelaburan global dengan penduduk yang optimum dan sumber tenaga kerja mahir yang mencukupi, ii) pusat penawaran pekerjaan yang vibran, iii) hub pembuatan dan perkhidmatan yang bersepadu untuk memudahkan peralihan ke arah k-ekonomi baru, dan iv) tempat di mana semua penghuni tempatan dan pelawat dapat menikmati kesejahteraan rohani, emosi dan daya fikir.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Bandaraya dunia, dinamik penduduk bandaraya metropolitan, perkembangan fizikal bandaraya metropolitan, perumahan bandaraya metropolitan, politik bandaraya metropolitan, urbanisasi berterusan |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 8326 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 08 Mar 2015 07:42 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:46 |
Repository Staff Only: item control page