Kebolehupayaan sistem penuaian hujan sebagai bekalan air alternatif di Malaysia: Suatu penelitian awal

Shamsuddin Man, and Noorazuan Md Hashim, and Asmala Hj Ahmad, and Khin, Maung Thet and Nurul Safiah Sidek, (2014) Kebolehupayaan sistem penuaian hujan sebagai bekalan air alternatif di Malaysia: Suatu penelitian awal. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (6). pp. 97-104. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
311kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Sistem Penuaian Air Hujan dianggap sebagai Kaedah Pengurusan Terbaik atau "Best Management Practice (BMP)" yang diamalkan di Malaysia. Sistem ini bukan sahaja bertujuan untuk melambatkan aliran air larian permukaan malahan ianya juga dijadikan sebagai sumber bekalan air alternatif yang percuma dan selamat digunakan. Terdapat juga pandangan yang mengatakan sistem tersebut tidak viable dan praktikal memandangkan kos binaan dan penyelenggaraan yang terpaksa ditanggung oleh pengguna sistem berkenaan. Bagaimanapun, terdapat beberapa kajian di dalam dan diluar negara menunjukkan faktor ‘return on capital’ atau ROC bagi sistem ini hanyalah di dalam tempoh masa yang pendek, iaitu antara dua hingga tiga tahun. Artikel ini cuba meneliti tapak pelaksanaan sistem berkenaan di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai makmal ujikaji khusus. Hasil pengoperasian sistem analisis TANGKINAHRIM (2010), telah mendapati taburan hujan yang konsisten sepanjang tahun, di samping keluasan tapak tadahan air yang besar dan mencukupi untuk kegunaan operasi pejabat di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Kebolehpercayaan terhadap sistem berkenaan adalah tinggi iaitu 89.3% dan didapati saiz tangki yang optimum adalah di sekitar 60 hingga 65 meter padu air yang mampu diisi. Anggaran saiz berkenaan adalah didapati bersesuaian dengan saiz tadahan, jumlah populasi (pengguna) dan juga perletakan lokasi yang strategik.

Item Type:Article
Keywords:bekalan air alternatif, BMP, kebolehupayaan sistem, NAHRIM, penuaian air hujan, tadahan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:8328
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Mar 2015 07:49
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page