Pendekatan permakultur bagi mewujudkan gunatanah pertanian lestari di Malaysia: Kajian kes di Kuala Ping, Terengganu

Alamah Misni, and Muhammad Arbain Md Zaki, and Faridatul Akma Abdul Latif, (2014) Pendekatan permakultur bagi mewujudkan gunatanah pertanian lestari di Malaysia: Kajian kes di Kuala Ping, Terengganu. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (6). pp. 105-117. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Meskipun pertanian modern berasas kimia telah meningkatkan produktiviti dan pendapatan petani Malaysia, namun ia juga telah mengakibatkan impak negatif terhadap alam sekitar kawasan luar bandar di Malaysia. Permakultur menawarkan alternatif kepada pertanian kimia yang tidak mesra alam ini kerana ia diinspirasikan oleh etika alam sekitar, teknologi pertanian hijau, dan prinsip peri pentingnya memelihara keharmonian antara manusia dan alam. Dengan menggunakan Kuala Ping sebagai contoh, kajian ini menunjukkan bagaimana penggunaan permakultur boleh membawa kepada gunatanah pertanian yang lestari di Malaysia. Ia menunjukkan bagaimana reka-bentuk semula landskap pertanian di Kuala Ping dengan cara permakultur dapat memelihara dan mengekalkan keutuhan ekosistem tempatan sambil secara sistematik mengintegrasikan alam sekitar dan penghuninya menerusi penggunaan teknologi pertanian hijau. Gagasan sentral permakultur ialah menggalakkan penggunaan sumber semulajadi yang sediada bagi menghasilkan produk makanan berkualiti, menyediakan rekabentuk rumah kediaman yang bersesuaian dengan sumber asli sediada, dan menjimatkan penggunaan tenaga.

Item Type:Article
Keywords:agro-makanan, gunatanah pertanian, permakultur, pengurusan alam sekitar, pertanian lestari, teknologi pertanian hijau
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:8329
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Mar 2015 08:10
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page