Komuniti bandar dan pengurusan sisa pepejal: kajian kes di Bandaraya Kuching

Siti Khatijah Zamhari, and Noraziah Ali, (2014) Komuniti bandar dan pengurusan sisa pepejal: kajian kes di Bandaraya Kuching. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (6). pp. 126-137. ISSN 2180-2491

[img] Microsoft Word
393kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Tumpuan penduduk di bandar memberi tekanan kepada alam sekitar dan ini dapat dilihat apabila berlakunya masalah seperti pemanasan bandar, pencemaran, kesesakan, dan kehilangan biodiversiti yang berpunca daripada perubahan guna tanah bandar dan sebagainya. Kerana itu ruang bandar seharusnya dibangunkan bagi memenuhi tuntutan kelestarian dan daya huni melalui pembentukan polisi bandar . Makalah ini bertujuan untuk mengkaji pengurusan sisa pepejal dalam kalangan komuniti di Bandaraya Kuching Utara (BKU), Sarawak. Tumpuan utama penyelidikan ialah mengukur tahap pengetahuan, sikap dan amalan komuniti dalam pengurusan sisa pepejal dan peranan pihak berkuasa tempatan (DBKU) untuk meningkatkan keupayaan kelestarian komuniti dalam pengurusan sisa pepejal. Dapatan survei 102 orang responden di Taman Fitrah dan Kampung Pinang Jawa menunjukkan bahawa pengetahuan, sikap dan amalan komuniti terhadap pengurusan sisa pepejal berada pada tahap sederhana. Hanya terdapat beberapa angkubah yang mempunyai perkaitan signifikan dengan amalan pengurusan sisa pepejal iaitu amalan mengasingkan sisa pepejal dengan jantina (p= 0.044), amalan membungkus sisa makanan sebelum dibuang dengan status perkahwinan (p= 0.005), dan amalan kitar semula suratkhabar dan kumpulan umur (p= 0.012). Kajian juga menunjukkan bahawa ketersediaan dan ketersampaian kepada kemudahan kitar semula merupakan faktor penting yang menggalakkan amalan pengurusan sisa pepejal dalam kalangan komuniti, manakala faktor ‘tidak mandatori amal’ oleh DBKU tidak memberi motivasi kepada komuniti untuk terlibat dalam program kelestarian DBKU. Keseluruhannya, kerjasama antara pihak berkuasa tempatan dan komuniti lestari serta sokongan infrastruktur adalah perlu bagi menjayakan program kelestarian di Bandaraya Kuching Utara.

Item Type:Article
Keywords:kehilangan biodiversity, kitar semula, pemanasan bandar, pembandaran, pencemaran bandar, pengurusan pepejal
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:8332
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Mar 2015 08:17
Last Modified:09 Mar 2015 13:29

Repository Staff Only: item control page