Identiti budaya dan bahasa etnik Melayu Thesaban Takbai, Selatan Thailand: satu analisa fenomenologi

Hasni Zakaria, and Novel Lyndon, (2014) Identiti budaya dan bahasa etnik Melayu Thesaban Takbai, Selatan Thailand: satu analisa fenomenologi. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (6). pp. 148-155. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
201kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Pembinaan identiti kelompok etnik minoriti seringkali dibayangi oleh kelompok majoriti.Objektif utama kajian ini ialah untuk memahami jenis identiti bahasa dan budaya yang diinginkan oleh kelompok etnik minoriti.Kajian ini menggunakan paradigma penyelidikan fenomenologiyang memfokuskan pada pemahaman kelompok etnik Melayu Selatan Thailand di Thesaban Takbai, Narathiwat berkenaan pembentukan identiti etnik berasaskan pandang dunia mereka.Unit analisis kajian ini terdiri daripada sepuluh orang individu etnik Melayu Selatan Thailand yang tinggal di Thesaban Takbai, Narathiwat, Thailand.Sepuluh orang informan yang terdiri daripada lima lelaki dan lima wanita yang berumur dalam kategori 20 tahun hingga 60 tahun berdasarkan jenis pekerjaan dan tahap pendidikan telah dipilih untuk ditemubual secara mendalam dalam kajian ini.Sampel kajian ini dipilih menggunakan pensampelan bukan kebarangkalian iaitu pensampelan bertujuan dan pensampelan bola salji. Dapatan kajian menunjukkan bahawa etnik Melayu Thesaban Takbai, Selatan Thailand masih mahu mengekalkan budaya Melayu Patani dalam aspek berpakaian dan penggunaan nama. Pandangan informan terhadap identiti bahasa pula menunjukkan mereka sangat toleran terhadap kedudukan Bahasa Thai sebagai Bahasa Kebangsaan.Implikasi kajian ini ialah pemerintah Thailand perlu mengambil kira kepentingan kelompok minoriti dan tidak mengamalkan dasar integrasi berbentuk pentadbiran atas ke bawah melalui pendekatan asimilasi yang dianggap mendiskriminasikan kelompok minoriti.

Item Type:Article
Keywords:budaya, etnik Melayu, fenomenologi, identiti, Melayu Patani, worldview
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:8337
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Mar 2015 09:55
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page