Negara, undang-undang dan tenaga kerja: antara ideal dan realiti di Indonesia

Mohamad Fauzi Sukimi, and Muhd Ridhwan Sarifin, (2014) Negara, undang-undang dan tenaga kerja: antara ideal dan realiti di Indonesia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (6). pp. 156-169. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
269kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Gunatenaga rentas sempadan bukan saja membawa banyak faedah ekonomi kepada negara penghantar, tetapi juga beberapa isu dan cabaran getir. Tenaga Kerja Indonesia (TKI) yang hendak ke luar negara sememangnya tertakluk kepada undang-undang tenaga kerja yang telah digubal oleh Pemerintah. Namun, TKI tersebut juga sering berhadapan dengan agensi tidak formal. Kedua-dua agensi ini mempunyai posisi dan pengaruh yang berbeza-beza. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis bagaimana negara sebagai suatu struktur tertinggi cuba untuk mengatur dan mengawal proses kemasukan dan keberadaan TKI di negara penerima. Analisis ditumpukan kepada undang-undang tentang imigresen dan undang-undang tenaga kerja di Indonesia serta reaksi TKI terhadap perundangan dan proses penguatkuasaan. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Informan terdiri daripada TKI yang sudah berstatus PATI (pendatang asing tanpa izin) di Malaysia. Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat jurang antara hal yang ideal menurut undang-undang dengan realiti yang berlangsung di Indonesia. Bagi memudahkan proses kemasukan, agensi tidak formal menjadi pilihan yang popular dalam kalangan TKI kerana keluwesannya dalam aspek pengurusan.

Item Type:Article
Keywords:buruh, ejen tidak formal, migrasi, sosialisasi, Tenaga Kerja Indonesia, undang-undang
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:8338
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Mar 2015 09:58
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page