Mencegah lebih baik daripada mengubati: penerimaan khidmat saringan kesihatan percuma dalam kalangan masyarakat Pulau Pangkor

Rosniza Aznie Hj. Che Rose, and Novel Lyndon, (2014) Mencegah lebih baik daripada mengubati: penerimaan khidmat saringan kesihatan percuma dalam kalangan masyarakat Pulau Pangkor. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (6). pp. 170-178. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
265kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

‘Mencegah lebih baik daripada mengubati’ sudah menjadi pengetahuan umum tetapi kebijaksanaan ini mungkin tidak diacuhkan dalam kehidupan seharian individu dan komuniti. Kajian ini menganalisa sejauhmana sebuah komuniti pulau mematuhi atau tidak amalan baik ini dengan meneliti keinginan, kesanggupan dan turut serta mereka dalam program-program khidmat kesihatan masyarakat iaitu pemeriksaan kesihatan percuma termasuk pemeriksaan pencegahan payudara sendiri (BSE). Hasil kajian daripada 64 penduduk pulau Pangkor ini mendapati bahawa sementara sangat peka terhadap kesihatan diri namun mereka hanya mendapatkan rawatan apabila simptom sebenar penyakit kronik seperti penyakit jantung koronari, hipertensi, kanser dan kencing manis telah dikenalpasti. Implikasinya ialah langkah-langkah tertentu haruslah diambil bagi memperkasa kesedaran komuniti terhadap peripentingnya khidmat kesihatan preventif menerusi pendidikan kesihatan masyarakat yang lebih intensif.

Item Type:Article
Keywords:BSE, komuniti pulau, pendidikan kesihatan awam, penyakit kronik, program saringan kesihatan, rawatan kesihatan preventif
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:8339
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Mar 2015 10:00
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page