Peri pentingnya pemilikan Tanah Adat yang diiktiraf: memahami keperluan Komuniti Bidayuh Serian, Sarawak

Mohd Syafiq Akmal Kasimun@Katmon, and Azima Abdul Manaf, (2014) Peri pentingnya pemilikan Tanah Adat yang diiktiraf: memahami keperluan Komuniti Bidayuh Serian, Sarawak. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (6). pp. 171-178. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
203kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Perhubungan di antara komuniti Bidayuh dan tanah adat merupakan satu pertalian yang unik dan kompleks. Hal ini kerana tanah merupakan nadi dan identiti bagi komuniti Bidayuh dan amat bermakna kepada mereka dan ianya tidak hanya berdasarkan ekonomi semata-mata. Namun, wujudnya jurang makna dalam konteks pemilikan mengakibatkan tanah adat sukar untuk memperoleh pengiktirafan dari segi perundangan formal seterusnya menyebabkan hak-hak sosial, ekonomi, kebudayaan dan politik komuniti terjejas. Sehubungan itu, kajian ini meneliti kepentingan keperluan komuniti Bidayuh terhadap pemilikan tanah adat yang diiktiraf. Kajian ini melibatkan enam buah kampung di Serian, Sarawak iaitu Kg. Kekai, Kg. Mongkos, Kg. Diang, Kg. Tong Nibong, Kg. Mentu Tapu, dan Kg. Pridan. Data dan maklumat primer diperoleh melalui hasil Focus Group Discussion bersama 53 orang pemilikpemilik tanah adat dan in-depth interview terhadap 17 orang informan. Hasil kajian mendapati bahawa keperluan komuniti terhadap pengiktirafan pemilikan tanah adat terbahagi kepada empat aspek utama yang merangkumi aspek sosial (identiti budaya, kerohanian, tempat tinggal, pewarisan adat), ekonomi (sumber makanan, ekonomi tradisi dan komersil, persaingan sumber), politik dan undang-undang (perlindungan dan keselamatan tanah, tahap penglibatan dan pemerkasaan, kuasa membuat keputusan dan pelaksanaan pembangunan) dan ekologikal (kelangsungan hidup, persekitaran semula jadi).

Item Type:Article
Keywords:isu pemilikan tanah adat, komuniti Bidayuh, interpretasi tanah adat, pengiktirafan pemilikan, perundangan formal, tanah adat
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:8340
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Mar 2015 10:07
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page