Nota Penyelidikan gender dan pekerjaan di Malaysia: Perlunya tempat kerja yang ‘mesra wanita

Noor Rahamah Abu Bakar, (2014) Nota Penyelidikan gender dan pekerjaan di Malaysia: Perlunya tempat kerja yang ‘mesra wanita. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (6). pp. 179-186. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
216kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Pembahagian pekerjaan boleh dibuat secara mendatar dan menegak. Walaupun pembahagian mendatar telah banyak berubah namun masih lagi berlaku di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa pekerja wanita kini tidak lagi bertumpu dalam sektor pertanian tetapi sudah terlibat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Sedangkan majoriti pekerja lelaki masih lagi bertumpu dalam industri perlombongan dan perkhidmatan pembekalan, selain sektor pertanian. Dalam pembahagian pekerjaan secara menegak, pekerja wanita dan lelaki masih bertumpu dalam hierarki yang berbeza. Tumpuan wanita masih jelas dalam pekerjaan tingkat rendah, kolar-biru dan peringkat bawahan pekerjaan kolar-putih dan profesional. Bagi pekerja lelaki pula lebih banyak berada dalam kategori pekerjaan mahir dan profesional serta memegang jawatan kanan. Artikel ini bertujuan membincangkan langkah dan peraturan di tempat kerja yang `mesra wanita’ sebagai salah satu cara bagi mengurangkan berlakunya pembahagian pekerjaan mengikut gender. Unit sampel sebanyak 12 buah keluarga dipilih daripada keluarga yang mempunyai tiga generasi perempuan bagi tujuan pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa responden yang bekerja menghadapi masalah dari segi penjagaan anak-anak di rumah. Oleh itu mewujudkan peraturan di tempat kerja yang “mesra wanita” adalah satu keperluan.

Item Type:Article
Keywords:cuti bersalin, parental leave, pembahagian mendatar, pembahagian menegak, perlindungan bersalin, pusat penjagaan kanak-kanak
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:8341
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Mar 2015 10:09
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page