Memupuk perpaduan di Malaysia: Unsur-unsur penyatuan di sebalik imbuhan bahasa Iban Sarawak purba

Rahim Aman, and Muhammad Nur Latif, and Shahidi, A. H. (2014) Memupuk perpaduan di Malaysia: Unsur-unsur penyatuan di sebalik imbuhan bahasa Iban Sarawak purba. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (6). pp. 187-205. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
271kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Kajian sistem pengimbuhan yang melibatkan tiga varian Iban Sarawak, iaitu Sri Aman, Betong, dan Sarikei, jelas memperlihatkan bahawa awalan kata kerja {N}, {-}, {(R)-}, {(R)-} dan {N-}; awalan kata nama {N-}; awalan kata adjektif {N-}; akhiran {-} dan apitan kata kerja {N-} dan {t-ka} mempunyai tahap kesepadanan yang tinggi antara varian. Sebaliknya, awalan kata nama {-}; awalan kata adjektif {N-}; dan apitan kata kerja {-}, {-} dan {N-} wujud secara tidak sepadan antara varian Ibanik Sarawak. Perbezaan yang wujud mungkin disebabkan hasil dapatan yang dimanfaatkan oleh pengkaji hanya bersumberkan satu hingga dua buah cerita rakyat sahaja yang masing-masing mewakili setiap bahagian. Pengkaji berkeyakinan bahawa masih ada lagi beberapa jenis imbuhan yang sepatutnya wujud dalam sesebuah varian tersebut, namun disebabkan kajian imbuhan ini berlandaskan sumber daripada rakaman cerita, telah menyebabkan sesetengah imbuhan berkenaan tidak digunakan. Tingkat perbezaan yang minimum jelas menggambarkan bahawa keterikatan antara ketiga-tiga varian tersebut tidak dapat dipertikaikan lagi. Setelah dianalisis, terbukti bahawa sistem imbuhan turut membantu menjelaskan jauh dekatnya hubungan kekerabatan antara varian Ibanik Sarawak dan sekaligus menunjukkan kesepaduan Ibanik dengan Melayu.

Item Type:Article
Keywords:dialek, Iban, imbuhan, inovasi, morfologi, rekonstruksi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:8342
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Mar 2015 10:11
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page