Hubungan sosial dan perniagaan kecil-kecilan di Malaysia - tingkah laku inovatif usahawan wanita atas talian

Gusniar Nurdin, and Geraldine K.L. Chan, and Sivapalan Selvadurai, and Suraiya Ishak, (2014) Hubungan sosial dan perniagaan kecil-kecilan di Malaysia - tingkah laku inovatif usahawan wanita atas talian. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (6). pp. 206-218. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
408kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php

Abstract

Keusahawanan atas talian di Malaysia kini semakin terkenal dalam kalangan usahawan wanita di Malaysia, khususnya dalam perniagaan yang berbentuk secara kecil-kecilan. Penggunaan internet merupakan asas bagi usahawan wanita tersebut untuk memula dan meneruskan aktiviti keusahawanan mereka. Kejayaan atau kegagalan penglibatan dalam bidang keusahawan ini boleh bergantung kepada tingkah laku inovatif usahawan wanita dalam membentuk hubungan sosial dengan ahli keluarga, rakan, pekerja, pelanggan dan pembekal yang memberi manfaat yang menguntungkan kepada mereka dari segi material dan bukan material. Hubungan sosial itu bersifat konvensional dan bukan konvensional. Hubungan konvensional adalah hubungan yang dibentuk secara bersemuka manakala hubungan bukan konvensional dibentuk atas talian yang tidak memerlukan pertemuan bersemuka. Tujuan artikel ini meneliti tingkahlaku inovatif yang ditunjukkan oleh sebilangan usahawan wanita atas talian dalam membentuk dan memantapkan dua jenis hubungan sosial tersebut. Wanita tersebut terlibat dalam perniagaan secara kecil-kecilan di Lembah Kelang, Malaysia. Kajian kualitatif dengan temubual separa-struktur sebagai kaedah mengumpul data dan analisis tematik telah dijalankan. Secara keseluruhan, hasil kajian mendapati jalinan hubungan sosial yang kompleks samada bersifat konvensional ataupun tidak telah dibentuk dan dimantap oleh usahawan wanita yang dikaji itu demi tujuan perniagaan. Hubungan sosial dijalin dan dimantapkan dengan ahli keluarga, rakan, pelanggan, ejen, pembekal dan pesaing wanita tersebut. Jalinan hubungan itu telah menyumbang kepada perkembangan dan pemantapan perniagaan wanita tersebut dari permulaan penglibatan sehingga ke hari ini.

Item Type:Article
Keywords:e-perniagaan, hubungan sosial, keusahawanan atas talian, perniagaan kecil, tingkah laku inovatif, usahawan wanita
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:8343
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Mar 2015 10:14
Last Modified:14 Dec 2016 06:46

Repository Staff Only: item control page