Struktur dan konsistensi sikap makanan terubah suai genetik pengguna muslim: cadangan kerangka konseptual

Norkhazzaina Salahuddin, and Maisarah Ahmad, and Suhaila Abd. Kadir, (2014) Struktur dan konsistensi sikap makanan terubah suai genetik pengguna muslim: cadangan kerangka konseptual. Jurnal Pengurusan, 41 . pp. 57-67. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
369kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/index

Abstract

Hasil inovasi bioteknologi telah merubah amalan pengeluaran dan produk makanan global yang kini mula memanfaatkan kaedah kejuruteraan genetik untuk menghasilkan produk makanan terubah suai genetik (GMF). Namun, manfaat pengeluaran dan penjualan produk GMF sering diperdebatkan dalam kalangan pemegang taruh. Isu berkaitan keselamatan, kesihatan, moral, agama, dan alam sekitar terus mengundang polemik. Senario ini sebenarnya turut memberikan implikasi kepada pengguna Muslim kerana mereka turut terlibat sebagai pengguna produk makanan. Walau bagaimanapun, kajian sikap GMF lebih tertumpu kepada perspektif pengguna Barat yang majoritinya adalah pengguna non-Muslim. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menyumbang literatur kajian sikap GMF daripada perspektif pengguna Muslim dengan mengemukakan cadangan kerangka konseptual berkenaan struktur dan konsistensi sikap GMF. Lapan usul kajian dikemukakan bagi mengukur kerangka konseptual dan perbincangan berkaitan potensi kajian akan turut diperincikan.

Item Type:Article
Keywords:Sikap pengguna muslim; pemasaran GMF; organisma terubah suai genetik (GMO); nilai
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:8369
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Mar 2015 14:45
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page