Kajian keberkesanan Program Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA): satu penilaian di sekolah rendah

Mat Rasid Ishak, (2014) Kajian keberkesanan Program Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA): satu penilaian di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 39 (2). pp. 83-93. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
344kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan kurikulum Pentaksiran Kemahiran Amali (PEKA) sains di sekolah kebangsaan berdasarkan Model Penilaian Context, Input, Process, Product (CIPP). Reka bentuk kajian menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif yang melibatkan proses kaedah triangulasi. Pemilihan sampel kajian adalah menggunakan kaedah persampelan rawak mudah yang melibatkan seramai 20 orang guru sains dari 10 buah sekolah kebangsaan sekitar daerah Hulu Langat. Satu set soal selidik digunakan untuk mendapatkan data penilaian konteks, input dan proses yang diedarkan kepada guru, manakala satu set ujian digunakan untuk memperoleh data penilaian produk daripada murid. Temu bual dan pemerhatian berstruktur juga digunakan bagi memperoleh data kualitatif dalam penilaian proses untuk menghuraikan data kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa elemen-elemen penilaian konteks, iaitu kerelevanan kurikulum PEKA, persepsi guru terhadap PEKA, penilaian kendiri PEKA oleh guru adalah sederhana. Elemen-elemen penilaian input, iaitu peruntukan masa pengajaran dan kandungan kemahiran PEKA dalam buku teks juga sederhana, manakala elemen bekalan bahan bantu mengajar (BBM) berada pada tahap negatif. Dapatan penilaian proses pula mendapati hanya elemen penekanan dalam pengajaran positif, strategi, pendekatan, bentuk, teknik dan aktiviti pengajaran berada pada tahap sederhana, manakala penggunaan BBM, kaedah penilaian PEKA dan dapatan penilaian produk berada pada tahap negatif. Ujian khi kuasa dua digunakan untuk menentukan perkaitan antara jantina, umur dan kelayakan akademik dengan keberkesanan perlaksanaan PEKA. Berdasarkan demografi guru, dapatan menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara faktor jantina dan umur dengan keberkesanan perlaksanaan PEKA, manakala dapatan bagi faktor kelayakan akademik pula menunjukkan sebaliknya. Secara kesimpulan, perlaksanaan PEKA mempunyai banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki, diberi perhatian dan tindakan dengan perancangan yang teliti dalam membaiki kelemahan yang dikenal pasti.

Item Type:Article
Keywords:Amali; pentaksiran; penilaian; kualitatif; kuantitatif
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:8383
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Mar 2015 08:15
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page