Perspektif guru terhadap keterlibatan akademik dalam kalangan murid dengan ketidakupayaan penglihatan

Manisah Mohd. Ali, and Noorfaziha Hassan, (2014) Perspektif guru terhadap keterlibatan akademik dalam kalangan murid dengan ketidakupayaan penglihatan. Jurnal Pendidikan Malaysia, 39 (2). pp. 109-114. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
218kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/

Abstract

Kajian tinjauan ini dijalankan untuk meninjau perspektif guru terhadap keterlibatan akademik dalam kalangan murid dengan ketidakupayaan penglihatan. Selain itu, kajian ini meninjau perbezaan perspektif antara guru di sekolah khas, guru resos dan guru tipikal sekolah di aliran perdana terhadap keterlibatan akademik murid. Sampel kajian merupakan 46 orang guru yang mengajar murid dengan ketidakupayaan penglihatan di sekolah menengah pendidikan khas dan sekolah menengah aliran perdana yang menawarkan program pendidikan khas integrasi (masalah penglihatan) di sekitar Lembah Klang. Instrumen kajian merupakan satu set borang soal selidik yang ditadbir ke atas sampel guru. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan skor min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya, perspektif guru terhadap keterlibatan akademik murid dengan ketidakupayaan penglihatan adalah sederhana. Guru resos di aliran perdana menunjukkan perspektif yang lebih positif tentang keterlibatan akademik murid berbanding guru tipikal dan guru di sekolah pendidikan khas. Kajian ini mempunyai implikasi kepentingan peranan guru dalam meningkatkan keterlibatan akademik murid dengan ketidakupayaan penglihatan di bilik darjah.

Item Type:Article
Keywords:Keterlibatan akademik; murid dengan ketidakupayaan penglihatan; guru; pendidikan khas; guru resos
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:8387
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Mar 2015 08:31
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page