Hishamudin Isam, and Mashetoh Abd. Mutalib, and Faizah Ahmad, (2014) Memanfaatkan program daftar kata percuma dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa: analisis kata berasaskan data korpus. Jurnal Pendidikan Malaysia, 39 (2). pp. 115-123. ISSN 0126-6020 / 2180-0782
|
PDF
1MB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/
Abstract
Rasa tidak puas hati terhadap penguasaan bahasa dalam kalangan para pelajar, iaitu ketidakupayaan pelajar menggunakan bahasa Melayu dengan baik untuk mengungkapkan buah fikiran dan ilmu pengetahuan sudah sering disuarakan. Pada keseluruhannya pelajar kita lulus peperiksaan tetapi tidak memperlihatkan keupayaan berbahasa selaras dengan tarafnya sebagai bahasa ilmu, bahasa perhubungan dunia moden dan bahasa kebangsaan negara. Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran bahasa yang berkesan amat diperlukan untuk membolehkan mereka memahami dan menggunakan sesuatu perkataan dalam bahasa Melayu dengan tepat dari segi prinsip dan semantiknya. Kajian ini dijalankan untuk mengetengahkan satu teknik alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa. Secara umumnya, kajian ini menumpu kepada penggunaan perisian program daftar kata dalam enjin carian google, iaitu perisian antconc yang digunakan untuk menganalisis data bahasa berasaskan korpus dari Sistem Pangkalan Data Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka). Kajian ini menunjukkan bagaimana program daftar kata antconc berupaya untuk membantu pelajar memahami perbezaan penggunaan kata yang bersifat sinonim, kerana kata jenis ini sering menimbulkan kekeliruan, terutama apabila hendak memahami perbezaan makna, sehingga menyebabkan timbul kesilapan dalam penggunaannya. Kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa proses pengajaran tatabahasa menggunakan strategi Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer telah mencadangkan satu strategi alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa. Teknik ini berupaya membekalkan pelbagai maklumat kebahasaan kepada pelajar-pelajar, khususnya berkaitan sistem bahasa dan meneliti ciri-ciri kedinamikan sesuatu kata dan ayat.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Program daftar kata; P&P bahasa; data korpus; kata cantik |
Journal: | Jurnal Pendidikan Malaysia |
ID Code: | 8388 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 19 Mar 2015 08:35 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:47 |
Repository Staff Only: item control page