Lukman Hakimi Ahmad, (2014) Persepsi pelajar terhadap kurikulum Pendidikan Islam Politeknik dalam pembentukan sahsiah Muslim. Jurnal Pendidikan Malaysia, 39 (2). pp. 133-140. ISSN 0126-6020 / 2180-0782
|
PDF
270kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/
Abstract
Pendidikan Islam bertujuan untuk membentuk manusia yang kompeten sama ada dari segi rohani mahupun jasmani bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauh manakah kurikulum Pendidikan Islam di politeknik dapat membentuk sahsiah muslim dalam kalangan pelajar mereka mengikut persepsi para pelajar. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Responden kajian ini adalah terdiri daripada pelajar politeknik di Pantai Timur semenanjung, iaitu seramai 412 orang. Data dianalisis dengan mengambil kira kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kurikulum Pendidikan Islam di Politeknik berkesan dalam membentuk sahsiah muslim pelajar mereka dengan nilai minnya ialah 4.51, iaitu berada pada tahap yang sangat baik. Para pelajar di politeknik juga berpendapat sedemikian, iaitu bab-bab yang terkandung dalam Kurikulum Pendidikan Islam adalah sesuai untuk membentuk sahsiah muslim ke dalam diri mereka. Hal ini dibuktikan dengan nilai minnya ialah 4.41, iaitu berada pada tahap yang sangat baik juga. Kesimpulannya, Kurikulum Pendidikan Islam di politeknik adalah berkesan dalam membentuk sahsiah muslim pelajar mereka.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Persepsi pelajar; kurikulum Pendidikan Islam; politeknik; pembentukan sahsiah muslim |
Journal: | Jurnal Pendidikan Malaysia |
ID Code: | 8395 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 19 Mar 2015 09:59 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:47 |
Repository Staff Only: item control page