Sekolah sebagai Unit Birokrasi Kuasa Bandar: satu kajian kes di SMA Kerajaan Sumatera Barat, Indonesia

Indra, Ristapawa and Mohd Izham Mohd Hamzah, (2014) Sekolah sebagai Unit Birokrasi Kuasa Bandar: satu kajian kes di SMA Kerajaan Sumatera Barat, Indonesia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 39 (2). pp. 141-148. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
298kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan pengurusan berasaskan sekolah (PBS) bagi menuju sekolah berkesan di Sumatera Barat, Indonesia. Selain itu, kajian juga bertujuan melihat hubungan antara amalan PBS dengan tahap sekolah berkesan dan sumbangan PBS bagi menuju sekolah berkesan di Sumatera Barat. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik sebagai alat kajian. Jumlah sampel adalah seramai 46 orang pengetua sekolah, 138 orang timbalan pengetua dan 322 orang guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan PBS, secara keseluruhan pada tahap sangat tinggi (min = 4.33) mengikut pentadbir dan tahap tinggi (min = 4.28) mengikut guru. Manakala tahap sekolah berkesan adalah pada tahap tinggi (min = 4.29) mengikut pentadbir dan tahap sangat tinggi (min = 4.31) mengikut guru. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan positif pada tahap sederhana antara elemen-elemen PBS dalam aspek pengupayaan, proses keputusan partisipatif dan penglibatan ibu bapa dengan sekolah berkesan dan hubungan signifikan yang positif tahap rendah antara autonomi dengan sekolah berkesan. Kajian juga mendapati elemen-elemen PBS dalam aspek pengupayaan, proses keputusan partisipatif dan penglibatan ibu bapa menyumbang kepada keberkesanan sekolah, manakala elemen PBS dalam aspek autonomi tidak memberikan pengaruh ke atas keberkesanan sekolah. Dapatan kajian menunjukkan aspek autonomi daripada PBS sebagai elemen penting dalam autonomi sekolah belum diamalkan secara maksimum oleh pihak sekolah. Oleh itu, pihak kuasa bandar dan luar bandar harus memberikan kuasa autonomi sepenuhnya kepada pihak sekolah dan tidak menempatkan sekolah sebagai bagian daripada unit birokrasi bandar dan luar bandar.

Item Type:Article
Keywords:Pengurusan berasaskan sekolah; sekolah berkesan; autonomi sekolah; birokrasi bandar dan luar bandar
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:8396
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Mar 2015 10:05
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page