Nur Liyana Ali, and Goh, Choo Ta and Sharifah Zarina Syed Zakaria, and Mazlin Mokhtar, and Sharina Abdul Halim, (2014) Pembangunan satu pendekatan bagi memperkasakan sistem keselamatan makmal Sains sekolah di Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 39 (2). pp. 153-160. ISSN 0126-6020 / 2180-0782
|
PDF
549kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/
Abstract
Keselamatan di makmal Sains sekolah harus diberi perhatian memandangkan pembelajaran masa kini menggalakkan pelajar terlibat aktif, iaitu dengan menjalankan sendiri penyiasatan melalui eksperimen tertentu. Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan garis panduan Pengurusan dan Keselamatan Makmal Sains Sekolah (PKMSS) serta menerapkan elemen-elemen keselamatan makmal di dalam buku teks dan buku amali berteraskan Sains. Akan tetapi, dokumen-dokumen ini tidak menyediakan satu pendekatan keselamatan makmal yang komprehensif dan mudah diingati oleh para pelajar. Maka dengan menganalisis dokumen-dokumen tersebut, kajian ini membangunkan satu pendekatan yang menyediakan tatacara yang teratur merangkumi komponen-komponen penting keselamatan makmal, supaya ia lebih komprehensif dan mudah diingati, khususnya untuk pelajar sekolah. Asas pembangunan pendekatan keselamatan makmal ini adalah berdasarkan kepada pendekatan 3R (reduce, reuse dan recycle). Pendekatan keselamatan makmal yang dibangunkan dalam kajian ini dikenali sebagai 5P (Prosedur Kerja, Peralatan Keselamatan, Pengendalian Eksperimen, Pembuangan Sisa Bahan Kimia dan Pelan Tindakan Kecemasan). Diharapkan pendekatan 5P ini dapat diterapkan oleh pihak berkepentingan pada masa depan, dan seterusnya membantu meningkatkan tahap keselamatan makmal Sains sekolah di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Makmal sekolah; keselamatan makmal; pendekatan; kemalangan; pendidikan Sains |
Journal: | Jurnal Pendidikan Malaysia |
ID Code: | 8398 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 19 Mar 2015 10:16 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:47 |
Repository Staff Only: item control page