Impak cukai dan caj perkhidmatan terhadap permintaan makanan di restoran

Norain Mod Asri, and Wook Endut, and Salwah Bulis, and Atikah Azmi, (2014) Impak cukai dan caj perkhidmatan terhadap permintaan makanan di restoran. Jurnal Ekonomi Malaysia, 48 (1). pp. 99-116. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
725kB

Official URL: http://www.ukm.my/fep/jem/index.html

Abstract

Dewasa ini, kerancakan pertumbuhan industri makanan dan minuman terutama sekali di bandar sebenarnya turut disertai oleh permintaan pengguna terhadap kualiti perkhidmatan dan layanan yang baik daripada industri tersebut. Lantas, bagi memenuhi kehendak pengguna itu, banyak restoran dilihat mula mengenakan caj perkhidmatan yang diyakini mampu bertindak sebagai pengukur prestasi pelayan di restoran. Dalam masa yang sama, kerajaan Malaysia juga mengenakan cukai perkhidmatan terhadap restoran berskala besar memandangkan restoran ini kebiasaannya dikunjungi oleh pelanggan yang berkemampuan sahaja. Kedua-dua fenomena ini telah mewujudkan dua persoalan penting. Pertama, adakah cukai dan caj perkhidmatan mempengaruhi kekerapan kunjungan, jumlah perbelanjaan bagi setiap kunjungan dan keputusan pengguna untuk makan di restoran atau bawa pulang makanan tersebut? Kedua, adakah pengguna bersetuju dan berpuashati terhadap pelaksanaan cukai dan caj perkhidmatan di restoran tersebut? Dengan mengaplikasi model logit dan kuasa dua terkecil terhadap data primer yang diperolehi menerusi pengedaran soalselidik sekitar Bandar Baru Bangi, Kajang dan Putrajaya, dapatan kajian membuktikan responden cenderung meningkatkan kekerapan kunjungan serta cenderung berpuashati terhadap cukai dan caj perkhidmatan apabila ia signifikan dipengaruhi secara positif oleh faktor harga berpatutan selepas dikenakan cukai dan/atau caj perkhidmatan. Namun begitu, analisis terhadap persepsi responden menunjukkan responden tidak berpuashati dengan kadar cukai dan kadar caj perkhidmatan yang dikenakan disebabkan makanan sudah mahal dan tidak setimpal dengan layanan yang diberikan oleh pihak pengurusan restoran.

Item Type:Article
Keywords:Cukai perkhidmatan; caj perkhidmatan; makanan siap; restoran; model logit; model kuasa dua terkecil.
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:8409
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Mar 2015 13:53
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page