Realiti kemiskinan: satu kajian teoritikal

Norzita Jamil, and Siti Hadijah Che Mat, (2014) Realiti kemiskinan: satu kajian teoritikal. Jurnal Ekonomi Malaysia, 48 (1). pp. 167-177. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
686kB

Official URL: http://www.ukm.my/fep/jem/index.html

Abstract

Artikel ini akan membincangkan kaedah atau metodologi baru bagi mengenalpasti isi rumah miskin berdasarkan realiti sebenar kemiskinan. Dalam konteks kemiskinan di Malaysia, kemiskinan dijelaskan melalui perspektif kewangan atau pendapatan. Melalui konsep ini kemiskinan terbahagi kepada dua iaitu kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif. Walaupun begitu, kemiskinan yang kerap dirujuk di Malaysia ialah kemiskinan mutlak kerana pendapatan isi rumah dibandingkan dengan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Pengukuran jenis ini iaitu menggunakan kaedah pendapatan dalam mengenalpasti individu atau isi rumah miskin disebut juga sebagai pengukuran unidimensi. Berbeza dengan pengukuran unidimensi, pengukuran kemiskinan menggunakan kaedah multidimensi belum lagi digunakan dan belum dijadikan asas kepada pembuat dasar untuk membasmi kemiskinan. Pengukuran kemiskinan multidimensi ini lebih kepada langkah-langkah mengenalpasti “siapa yang miskin” berdasarkan kekurangan yang dialami oleh isi rumah dalam setiap dimensi. Dengan pengukuran kemiskinan multidimensi ini, identiti atau ciri-ciri orang yang miskin wujud pada dua tahap atau peringkat. Tahap pertama ialah mengenalpasti kekurangan individu dalam setiap dimensi dan yang kedua melibatkan definisi kemiskinan menerusi semua dimensi. Kemiskinan multidimensi, merupakan satu kaedah pengukuran kemiskinan baru yang membolehkan kita melihat kekurangan sebenar ataupun realiti kemiskinan yang dialami oleh sesebuah isi rumah itu.

Item Type:Article
Keywords:Kemiskinan; dimensi kekurangan; ukuran unidimensi; ukuran multidimensi.
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:8414
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Mar 2015 14:19
Last Modified:14 Dec 2016 06:47

Repository Staff Only: item control page