Hak kontraktual pihak ketiga: kerangka praktikal bagi Malaysia

Suzanna Mohamed Isa, and Sakina Shaik Ahmad Yusoff, (2014) Hak kontraktual pihak ketiga: kerangka praktikal bagi Malaysia. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 18 . pp. 35-43. ISSN 1394-7729

[img]
Preview
PDF
383kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/juum

Abstract

Perbincangan mengenai hak kontraktual biasanya berkisar kepada hak dan tanggungan pihak-pihak yang berkontrak. Doktrin priviti memberi keisimewaan kepada pihak-pihak yang berkontrak. Sungguhpun begitu, perkembangan semasa yang membawa perubahan kepada tata cara sesuatu kontrak itu dimeterai turut membawa perubahan kepada hak kontraktual pihak ketiga. Pada awalnya, hak kontraktual pihak ketiga dianggap lazim bagi negara-negara yang mengamalkan undang-undang sivil namun asing bagi negara-negara yang mengamalkan common law. Kini, semakin banyak negara common law yang menyedari ketidakadilan kepada pihak ketiga yang diberi faedah menerusi kontrak oleh pihak-pihak yang berkontrak lalu mereka mengubah kerangka perundangan mereka bagi memberi keadilan kontraktual kepada pihak ketiga. Bertitik tolak dari itu, artikel ini cuba mengenengahkan satu kerangka praktikal bagi Malaysia. Untuk tujuan ini, landasan teoretis dan substantif bagi memberi hak kontraktual kepada pihak ketiga dibincangkan dengan menggunakan analisis legalistik tulen

Item Type:Article
Keywords:Kontrak; hak kontraktual; pihak ketiga; Malaysia
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:8458
Deposited By: Ms Norliah Sukarno
Deposited On:27 Mar 2015 08:38
Last Modified:14 May 2019 04:43

Repository Staff Only: item control page