Kesalahan mengedar dadah oleh kanak-kanak dan hukumannya di Malaysia

Anita Abdul Rahim, and Tengku Noor Azira Tengku Zainudin, (2014) Kesalahan mengedar dadah oleh kanak-kanak dan hukumannya di Malaysia. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 18 . pp. 27-33. ISSN 1394-7729

[img]
Preview
PDF
310kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/juum

Abstract

Sebagaimana yang sedia maklum, hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atas kanak-kanak yang melakukan kesalahan yang boleh membawa hukuman mati. Ini sangat bertepatan dengan prinsip perlindungan terhadap kanak-kanak yang telah digariskan oleh Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Hak Kanak-Kanak (United Nations Convention on the Rights of the Child atau UNCRC ). Artikel 40)(1) UNCRC menjelaskan bahawa kanak-kanak yang dituduh melakukan jenayah atau yang melanggar undang-undang hendaklah diperlakukan menurut maruah mereka sebagai kanak-kanak dengan menitikberatkan hak-hak kemanusiaan serta mengambil kira umur dan keperluan mereka sebagai manusia yang bakal memainkan peranan konstruktif dalam masyarakat. Sementara itu Artikel 37 Konvensyen yang sama juga menyebutkan bahawa kanak-kanak tidak boleh dihukum secara kejam dan dengan tidak berperikemanusiaan. Kanak-kanak juga harus dikecualikan dari hukuman bunuh atau penjara seumur hidup, manakala tangkapan, penahanan dan pemenjaraan kanak-kanak mestilah mengikut undang-undang dan digunakan sebagai jalan terakhir dan untuk tempoh masa yang bersesuaian dan terpendek. Kesalahan mengedar dadah merupakan antara kesalahan yang membawa hukuman mati ke atas pelakunya sebagaimana dalam kesalahan bunuh Memandangkan hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atas kanak-kanak menurut seksyen 97 Akta Kanak-kanak 2001, persoalan yang timbul ialah apakah bentuk hukuman yang dikenakan ke atas golongan kanak-kanak yang disabitkan dengan kesalahan tersebut? Artikel ini mengenal pasti dan membincangkan bentuk hukuman yang dikenakan ke atas kanak-kanak yang bersalah melakukan kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Item Type:Article
Keywords:Kesalahan mengedar dadah; hukuman; pesalah kanak-kanak; hak kemanusiaan
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:8459
Deposited By: Ms Norliah Sukarno
Deposited On:27 Mar 2015 08:36
Last Modified:14 May 2019 04:43

Repository Staff Only: item control page